sumber: http://muridkyai.blogspot.com
Tengku Razaleigh Hamzah mengucapkan terima kasih kepada Pas atas kemenangan bergaya BN di Galas. Orang Pas jangan seronok kerana mendapat ucapan terima kasih daripada Tengku Razaleigh Hamzah itu. Jangan pula buat muka tak malu merasakan bahawa Pas telah memberi peluang kepada BN memenangi Dun Galas. Sebenarnya, ucapan terima kasih Tengku Razaleigh Hamzah itu perlu dipelajari malah ditiru juga oleh pemimpin politik yang lain. Itulah sikap seorang ahli politik yang baik dan dapat menakluk hati ramai orang. Jika kita lihat komen dan respons Tengku Razaleigh Hamzah sepanjang tempoh berkempen di Galas, dia telah berjaya mempamerkan watak dan penampilan bersihnya. Dengan komen dan respons berhemahnya, telah memberikan mileage politik untuknya.
Ahli politik Pas perlu belajar berterima kasih walaupun kalah.Yang merubah hati rakyat bukan kempen. Kempen itu cuma usaha. Allah yang merubah hati rakyat. Dialah yang memegang semua hati para pengundi. Kalau mahu Allah membalikkan hati para pengundi agar menyokong perjuangan Islam, kitab hendaklah berakhlak dengan akhlak yang menjemput rahmat Allah.
Ketika kita menang, kita bersyukur kepada Allah SWT dan tidak pula lupa mengucapkan terima kasih kepada manusia lain yang membantu kemenangan kita. Amat mulia pula kalau boleh ucapkan terima kasih kepada musuh atau lawan politik sebagaimana yang telah dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang berjuang dari pihak parti kebangsaan. Apabila kita kalah, kita hendaklah bersabar dan redha. Jauhkan diri daripada saling salah menyalahkan. Ingatlah bahawa kalah menang itu resam perjuangan. Nabi Muhammad yang menjadi utusan Allah itupun ada masa dia menang dan ada masa dia kalah. Apa lagi kita yang jauh daripada Allah sekalipun berjuang untuk agamanya. Amat mulia kalau masa kita kalah kita boleh menuturkan kata-kata yang baik dan berterimakasih pula kepada lawan politik kita. Kerja menakluk hati manusia itu bukan untuk hari ini tetapi untuk tahun-tahun mendatang.
Ahli politik Pas perlu sedar bahawa bukan ceramah mereka yang menukar hati manusia. Ceramah mereka cuma usaha dan sebab. Allahlah yang menukarkan hati manusia. Sebab itu ceramah perlu disucikan daripada cemuhan, kutukan dan humiliasasi. Itu semua akan menghambat rahmat Allah SWT. Kalau tiada rahmat Allah SWT, bagaimana hati manusia dapat ditakluki. Jangan rasa bosan untuk menceritakan sirah perjuangan Rasul dalam ceramah. Jangan jemu untuk menitipkan mutiara kata para nabi dan auliya dalam ceramah untuk khalayak. Jangan ghairah untuk menghentam BN kerana berapa banyak hentaman dibuat pun, ia bukan jalan untuk menakluk hati manusia yang setia dan mendokong BN.
Saat menang bersyukur. Saat kalah bersabar. Kata-kata yang keluar adalah kata-kata mulia dan penghargaan. Baik kalah maupun menang, rasa menghargai perlu ada. Jangan tersasar menjadi ahli politik yang merasakan kerja keras dan strategi mantap partinyalah yang menentukan kemenangan diraih. Ingatlah....ingatlah...bahawa Allah yang memegang hati manusia. Buatlah apa yang sesuai dengan sifat rahmat Allah SWT.
Kita lihat kedapatan individu tertentu dalam PKR tidak boleh mengambil sikap redha dan bersykur dengan kekalahan di Batu Sapi. Umpamanya Setiausaha Politik DS Anwar Ibrahim, Abdul Rahman Yusuf dalam facebooknya mendakwa bahawa Pas dan DAP tidak cukup membantu PKR dalam pilihanraya kecil Batu Sapi. Tuduhan seperti ini tentunya menyakitkan hati rakan-rakan dalam PR yang telah berkerja keras siang dalan malam di lokasi. Mereka yang terlibat dengan kerja-kerja di peringkat grassrootsahaja yang mengerti penat lelah parti Pas dan DAP dalam membantu kempen memenangkan PKR.
Namun, Allah SWT belum mentakdirkan pengundi Batu Sapi beramai-ramai meyokong Pakatan Rakyat. Itu perlu diterima dengan redha. Jangan saling meyalahkan. Setelah berusaha, maka berserahlah. Jangan sekali-kali menyalahkan rakyat Batu Sapi. BN menghadiahkan sekalung perhargaan kepada rakyat Batu Sapi yang dikatakan telah membuat pilihan tepat. PR pula hendaklah menghadiahkan berkalung-kalung penghargaan dan pujian kepada rakyat Batu Sapi yang telah mengundi calon mereka. Inilah politik bijaksana dan berhemah yang akan mampu menakluk hati rakyat di masa depan. Bukan politik menyalahkan dan politik putus asa.
Namun, Allah SWT belum mentakdirkan pengundi Batu Sapi beramai-ramai meyokong Pakatan Rakyat. Itu perlu diterima dengan redha. Jangan saling meyalahkan. Setelah berusaha, maka berserahlah. Jangan sekali-kali menyalahkan rakyat Batu Sapi. BN menghadiahkan sekalung perhargaan kepada rakyat Batu Sapi yang dikatakan telah membuat pilihan tepat. PR pula hendaklah menghadiahkan berkalung-kalung penghargaan dan pujian kepada rakyat Batu Sapi yang telah mengundi calon mereka. Inilah politik bijaksana dan berhemah yang akan mampu menakluk hati rakyat di masa depan. Bukan politik menyalahkan dan politik putus asa.
Oleh itu, para pejuang yang berjuang untuk memenangkan agama Allah perlu belajar hal ini. Pejuang agama Allah, dalam limpahan pejuang-pejuang politik yang bertali arus menerjunkan diri dalam perjuangan, perlu menunjukkan keunikan. Dengan menyedari penuh bahawa urusan menukarkan hati manusia agar menyokong perjuangan Islam adalah urusan Allah, para pejuang agama Allah SWT dalam politik perlu mengambil jalan paling berhemah. Dalam ceramah-ceramah tidak perlu memasukkan agenda kutuk mengutuk. Tidak perlu agenda serangan peribadi. Setiap yang dibentangkan kepada khalayak biarlah berdasarkan fakta dan biarkan masyarakat membuat kesimpulan. Biar masyarakat yang membuat pilihan sama ada hendak mengutuk pemimpin yang korup itu atau sebaliknya.
Pejuang agama Allah, kalau boleh biar 90 peratus ceramahnya adalah meceritakan tentang kebaikan perjuangan Islam. Mulakan dengan pujian buat Allah SWT dan sudahi dengan pujian kepada Allah SWT. Dalamnya pula penuh kata-kata mulia yang merungkai simpulan di hati manusia. Setelah itu, kalau ditakdirkan menang, ucapkan puji dan syukur. Jangan sekali-kali bongkak. Jangan dakwa inilah hasil kerja keras kita. Jangan bangga dan katakan bahawa rakyat telah menolak pemimpin lawan. Ingatlah bahawa kemenangan itu adalah ujian Allah SWT. Saat kalah pula sabar dan redhalah. Berkatalah yang baik atau diam sahaja. Jangan tuduh musuh gunakan pelbagai tipu muslihat. Usah diulang sebut tentang penyalahgunaan jentera kerajaan dan sebagainya. Sudah berapa banyak kemenangan yang Allah berikan dan menjadi bukti bahawa tipu muslihat dan penyalahgunaan jentera kerajaan tidak boleh mengatasi kehendak Allah SWT.
Kita hendaklah mengalahkan amarah yang bersiponggang dalam diri sebelum dapat memadamkan amarah dalam masyarakat. Mampukah kita mengambil sikap dan melakukan hal yang demikian? Inilah mujahadah yang panjang dan tidak ramai dapat meladeninya kecuali mereka yang diberi petunjuk oleh Allah SWT
0 ulasan:
Post a Comment