07 October, 2011

TRAVELOG Perjuangan PAS Di Bumi PENSIANGAN

Share

Sumber: http://paspensiangan.blogspot.com/


Pensiangan,1 Oktober - PAS kawasan Pensiangan telah memulakan “Episod Jelajah Tautan Kasih Sekampit Beras" bagi DUN N37 Sook.Kali ini destinasi tujuannya ialah Ke Masjid Kg Malima yang berada lebih kurang 1 jam lebih perjalanannya dari pekan Keningau. Bermula dengan perjalanan selepas waktu Asar Program jelajah ini diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Pensiangan serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Pensiangan.

Menempuh jalan-jalan berdebu yang tidak berturap amat menduga fizikal dan mental.Inilah hasil yang rakyat dapat kesan daripada janji PBRS/UMNO/BN yang menjanjikan “syurga” bagi penduduk Sook,namun yang mereka dapat hanya “debu-debu” kuning sahaja. Janji yang ditaburkan berupa “bunga ros” tapi penduduk hanya dapat “bunga tahi ayam”. Apatah tidaknya dengan jalan “grabel”yang tidak berturap yang menggoncang perut dan badan dan yang paling buruk ialah penduduk terpaksa menyedut debu-debu kuning hasil jalan yang berdebu.

Islam diimarahkan dan rakyat didahulukan oleh PAS.
 
Hisammuddin Hj. Sulaiman yang juga merupakan Presiden TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah) dan AJK tiba di Masjid Kg.Malima Sook,hampir Maghrib dan para jemaah serta orang kampung menyambut kedatangan PAS Pensiangan dengan penuh ceria dan terharu. Perasaan terharu ini lahir kerana melihat PAS sanggup datang jauh untuk menjenguk dan cakna kepada kebajikan rakyat berbanding PBRS/UMNO/BN yang hanya menjenguk mereka pada waktu pilihanraya sahaja.
Majlis dimulakan dengan solat berjamaah dan seterusnya YDP PAS Pensiangan, Hisammuddin memberikan ceramah berkenaan krisis kepercayaan umat kepada agamanya termasuk persoalan agama dan politik.Majlis itu juga diserikan dengan pembahagian infak dan zakat kepada golongan muaallaf dan juga fakir miskin.Mereka ini dipinggirkan UMNO/PBRS DAN BN. Majlis diakhiri dengan jamuan rakyat.
PAS di kawasan Pensiangan ini sudah meneroka bumi Allah ini yang mempunyai kekayaan dan harta melimpah ruah namun, sedih kerana urus tadbir bumi ini amat dhaif dan dipimpin oleh orang-orang yang tidak amanah! PAS Pensiangan akan terus komited untuk mendapat legasi kepimpinan politik Islam di Pensiangan.Terima kasih,rakyat Muslim yang menjadi ahli PAS dan non-muslim yang menjadi tonggak kepada PAS Pensiangan dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Mereka telah memberi kepercayaan penuh kepada PAS untuk menjadi parti alternatif menggantikan PBRS/UMNO DAN BN.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.