03 July, 2011

Berselawat ke atas nabi

Share
Sumber: http://anaktokimam.blogspot.com/


· Assalamualaikum....

Selain ini ada lagi semacam bid’ah yang bercampur atau bid’ah campuran; iaitu suatu perbuatan yang mengandungi dua jurusan. Jurusan pertama menunjukkan bukan satu perbuatan bid’ah, kerana ada dalilnya. Manakala jurusan kedua menunjukkan terang-terang bid’ah, kerana tidak ada perintahnya atau contohnya. Misalnya:
1. Membaca selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w bukan pada tempat yang dikehendaki. Bacaan ini memanglah dikehendaki. Tetapi kalau dilakukan di tempat yang tidak diperintahkan maka nyatalah tidak disuruh. Demikian menurut fatwa Sheikh Ibn Hajar Al-Haitami

~petikan dari buku hadith 40..hadith ke 28 muka surat 323
~soalan...ada tempat yg diperintahkan ke untuk selawat? dan di mana?
Hadis yang dimaksudkan ialah:
عن أبي نجـيـج العـرباض بن سارية رضي الله عنه ، قال : وعـظـنا رسول الله صلي الله علية وسلم موعـظة وجلت منها القلوب ، وذرفت منها الدموع ، فـقـلـنا : يا رسول الله ! كأنها موعـظة مودع فـأوصنا ، قال : ( أوصيكم بتقوى الله ، والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعــش منكم فسيرى اخـتـلافـا كثيرًا، فعـليكم بسنتي وسنة الخفاء الراشدين المهديين عـضوا عـليها بالـنـواجـذ، واياكم ومـحدثات الأمور ، فإن كل بدعة ضلاله ).
“Nabi SAW telah memberikan kepada kami suatu nasihat yang begitu menusuk sanubari kami. yang telah menggetarkan hati-hati kami dan membuat air mata kami menitis jatuh. Maka kamipun berkata, Wahai Rasul Allah, nasihat ini seolah-olah nasihat perpisahan daripada engkau, maka berikanlah kami wasiat !

Baginda bersabda,

"Saya wasiatkan kepada kalian agar bertaqwa kepada Allah subhanahu wata'ala, taat dan tunduk kepada-Nya, walaupun yang menyampaikannya hanyalah seorang hamba habsyi. Dan sesungguhnya, barang siapa di antara kalian yang akan hidup sepeninggalku akan mendapati perselisihan yang banyak, maka berpeganglah dengan sunnah-ku dan sunnah para Khulafa' Rasyidin yang telah mendapat petunjuk, berpegang eratlah dengannya . Dan waspadalah kalian daripada setiap perkara yang diada-adakan,kesemuanya itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat."
Hadis ini adalah antara pesanan penting baginda rasul kepada umatnya. Intisari hadis ini telah disyarah oleh para ulama dengan panjang lebar. Saya tidak bermaksud untuk menerangkannya dengan panjang lebar. Saya terus ke titik persoalan yang ditanya oleh yang bertanya.
soalan...ada tempat yg diperintahkan ke untuk selawat? dan di mana?
Jawapan.
Pertamanya, kita tengok dulu istilah tempat yang diguna oleh pengarang. Adakah ia bermaksud masa atau tempat? Saya gagal menemukan petikan buku asal yang diambil oleh penanya kerana maklumatnya tidak lengkap. Hanya menyatakan petikan dari buku hadith 40..hadith ke 28 muka surat 323.
Keduanya, jika tempat yang dimaksudkan itu adalah terjemahan daripada bahasa Arab مواطن maka yang dimaksudkannya ialah masa yang dianjurkan untuk berselawat.
Al Qadhi Abu Bakar berkata bahawa Allah SWT mewajibkan kepada makhluknya agar berselawat kepada nabi SAW, dan tidak menjadikan selawat itu pada masa tertentu, yang wajib dilakukan ialah memperbanyakkan selawat ke atas nabi dan tidak lalai daripadanya.
Anjuran berselawat ke atas nabi berdasarkan ayat al quran surah al ahzab ayat 56 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
Secara umumnya berselawat kepada nabi SAW dianjurkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berselawat lebih-lebih lagi disunatkan pada masa-masa berikut:
1.Sebelum berdoa, berdasarkan hadis nabi SAW:
الدعاء محجوب حتى يصلي الداعي على النبي
Doa terhijab sehinggalah si pendoa berselawat kepada nabi
2.Ketika menyebut namanya, mendengar namanya ataupun menulis namanya. Nabi SAW bersabda:
رغم أنف رجل ذكرت عنده فلم يصلي عليّ
Amat celaka bagi lelaki yang apabila namaku disebut tetapi dia tidak berselawat kepadaku.
3.Memperbanyakkan selawat ke atas nabi pada hari Jumaat.
4.Berselawat ketika menulis risalah selepas basmalah.
5.Ketika masuk dan keluar dari masjid.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.