13 March, 2011

Pengerusi TABAH menyangkal dakwaan Tan Sri Joseph Kurup

Share
Sumber: http://www.sabahkita.net/v2/

Pengerusi TABAH(Bela Tanah Rakyat Sabah) Hisyamuddin Sulaiman menyangkal dakwaan ahli parlimen pensiangan yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup bahawa beliau menjadi dalang menimbulkan kekacauan di pejabat daerah Sook. Sekalipun tulisan Rozie Jumat dalam Sabahkini, kurup tidak menyebut secara khusus nama Hisyamuddin tetapi petunjuk itu jelas ‘penghasut semenanjung’ itu merujuk kepada Hisyamuddin.



Penafian ini dibuat kerana beliau hadir ke tempat tersebut sekadar untuk memerhati dan mengenali adat penduduk tempatan menuntut sogit kerana tanah dan tempat ibadat mereka. Selain itu Hisyamuddin menafikan keterlibatan beliau sebagi penghasut penduduk kampong kerana tuntutan mereka berkaitan adat penduduk tempatan kepada mahkamah anak negeri. Namun demikian, beliau berbangga, tuduhan itu menunjukan beliau pimpin Pakatan Rakyat lebih menjiwai denyutan jantung kepayahan penduduk Kg. Simbuan, Kg. Wawasan. Kg. Mokotog, Kg. Dumbun dan Kg. Pulutan berbanding Kurup yang menjadi ahli parlimen mereka tetapi seolah-olah merestui nasib yang menimpa penduduk kampong tersebut.

Hisyammudin turut melahirkan kekewaan sikap Kurup yang hanya mengambil maklumat daripada orang lain tanpa turun sendiri berjumpa dan menyelesaikan masalah penduduk Sook.Sepatutnya kes tuntutan sogit penduduk Sook tidak perlu ke mahkamah anak negeri. Cukuplah diselesaikan secara diplomasi, apa lagi nilai tuntutan tidaklah sebesar mana.

Tindakan membatalkan dan menyalahkan tuntutan Dahlan @ Ulin B. Abdulah @ Amil (Ketua Kampung, Kg. Alab Lanas, Ukim @ Juhadi Bin Morindal @ Marindal (Pengerusi Badan Bertindak Penuntutan Tanah Adat di Gabungan 5 kampung mengecewakan penduduk kampong tersebut . Kehadiran mereka ke mahkamah anak negeri yang sebumbung dengan Pejabat Daerah sebagai sokongan kepada tuntutan tersebut telah disalahertikan oleh pemimpin BN.

Hisyammudin mendesak Kurup turun dan menyelesaikan tuntutan tersebut. Apa lagi setelah tuntutan mereka telah dibatalkan oleh pegawai daerah menyebabkan mereka terpaksa membuat tuntutan semula kes tersebut di mahkamah Anak Negeri.

“ Hentikan sikap suka menyalahkan dan menuduh orang lain dan tunaikan tanggungjawab anda sebagai Wakil rakyat Sook.” tegas Hisyamuddin menutup bicaranya.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.