01 / 05 /2010, Sabtu- Ceramah Pakatan Rakyat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada malam tersebut dimana penceramah-penceramah, wakil-wakil rakyat daripada pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir pada hari tersebut bagi menyampaikan isu-isu politik semasa negara mahupun isu-isu politik kenegerian. Antara penceramah yang hadir dari setiap parti pakatan yang terdiri daripada PAS yang diwakili-Tn Hj Hamzah Abdullah (Timb Pesuruhjaya PAS Sabah), DAP yang diwakili oleh YB Jimmy Wong Sze Phin (Adun Sri Tanjung) serta penceramah utama iaitu YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Manakala PKR pula yang diwakili Dato'Kong Hong Ming.
Penduduk merotai yang hadir pada malam tersebut segelitir daripada penduduk kaum iban.
02 / 05 / 2010-Ahad, Rombongan daripada DAP iaitu YB Lim Kit Siang dan YB Jimmy Wong Sze Phin dan Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau turun padang bagi melihat kawasan-kawasan di daerah Tawau hinggalah ke kawasan Kalabakan dan akan mengunjungi kawasan Landau dimana tanah penduduk dan peneroka dikawasan tersebut dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.






(Gambar) Lihatlah wajah si kecil ini..Tidak mustahil jika satu hari nanti dia akan memimpin kawasan dan bergelar "Wakil Rakyat" ini bagi merubah suasana landskap dan keadaan tempat yang sangat dhaif ini..Dimana wakil rakyat Kalabakan yang telah mengagung-agungkan slogan
1 Malaysia.?? dan adakah wakil rakyat ini melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat???






Kelihatan YB Lim Kit Siang dan YB dari Serdang mendengar keluhan masalah dari salah seorang penduduk yang menjual di salah sebuah gerai runcit tepi jalan. Beliau mengadu bahawa bila waktu malam tiada lampu yang disediakan oleh pihak berwajib dan amat gelap bila orang ramai ingn keluar untuk membeli barangan harian pada waktu malam kerana keadaan yang gelap. Beliau juga mengadu tiada hospital atau klinik terdekat yang disediakan Kerajaan dan bilamana orang yang sakit memerlukan amat payah untuk ke bandar kerana jaraknya yang jauh dan memakan masa selama sejam untuk sampai ke hospital bandar tawau.
Harapan beliau agar pihak Pakatan Rakyat akan membawa perubahan kepada penduduk Kalabakan dan dapat menukar kerajaan yang telah lama ada..dan baju yang telah lama dan lusuh kena diganti dengan baju yang baru.
Harapan beliau agar pihak Pakatan Rakyat akan membawa perubahan kepada penduduk Kalabakan dan dapat menukar kerajaan yang telah lama ada..dan baju yang telah lama dan lusuh kena diganti dengan baju yang baru.


**Slogan hanya tinggal slogan. Rakyat yang terpaksa menanggung derita. Tapi wakil rakyat yang dah kaya raya tiada rasa kesedaran untuk ingin membantu rakyat di kawasan yang rakyat inginkan perubahan..Inilah dikatakan "1 Malaysia, Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan. PRU 13 merupakan penentu pilihan rakyat. Hanya rakyat saja yang dapat menukar landskap di arena politik dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat. InsyAllah.
Dicatat Oleh
Cintakan Syahid (1.00 am,04 / 05 / 2010)
0 ulasan:
Post a Comment