وَإِذَا تُتْلَىَ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا قَالُواْ قَدْ سَمِعْنَا لَوْ نَشَآءُ لَقُلْنَا مِثْلَ هَـَذَا إِنْ هَـَذَآ إِلاّ أَسَاطِيرُ الأوّلِينَ
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat kami, mereka berkata: "Sesungguhnya kami Telah mendengar (ayat-ayat yang seperti ini), kalau kami menhendaki niscaya kami dapat membacakan yang seperti ini, (Al Quran) Ini tidak lain hanyalah dongeng-dongengan orang-orang purbakala".
(Surah Al-Anfal: Ayat 31)
(Surah Al-Anfal: Ayat 31)
Ayat di atas diturunkan berkaitan seorang lelaki bangsawan Quraisy yang musyrik lagi amat memusuhi Islam bernama An-Nadhar bin Al-Harith. Sememangnya dia punya banyak pengetahuan hasil pembacaannya. Sebelum perutusan nabi Muhammad sebagai Rasul Allah, Nadhar banyak menghabiskan masanya di Hirah kerana beliau seorang ahli perniagaan. Di Hirah yang berada dibawah jajahan Parsi, beliau banyak membaca karya-karya orang Parsi dan berita-berita mengenai raja-raja mereka. Hasil pembacaannya, banyaklah cerita purbakala orang-orang Parsi yang dihafalnya.
Ketika dia telah pulang ke Makkah dan mendapati Rasulullah SAW sedang giat menjalankan dakwah baginda. An-Nadhar acap mengganggu majlis penyampaian Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW membaca ayat-ayat Al-Quran yang ditrunkan kepada baginda, An-Nadhar bangun mencelah dan menceritakan kepada orang ramai kisah-kisah yang dibacanya dulu.
Lalu dia bertanya kepada khalayak:”cerita siapa yang lebih baik?Ceritaku atau cerita Muhammad?”.
Dia bermaksud mempersenda nabi Muhammad SAW dan mahu menyamakan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca Rasulullah dengan cerita dongeng yang diceritakannya. Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran sebagai wahyu kepada nabi Muhammad. Manakan sama ayat-ayat suci Allah dengan cerita dogeng khayalan itu!
An-Nadhar mencemburui Rasulullah SAW yang dapatkan membacakan ayat-ayat yang merebahkan ketinggian sastera masyarakat Arab pada masa itu. Dia melihat Muhammad dapat mempengaruhi orang ramai dengan ayat-ayat sastera dan cerita-cerita lalu dia merasakan dia lebih layak mendominasi masyarakat dalam aspek tersebut kerana perjalanannya lebih jauh dari Muhammad. Dia banyak mempelajari sosio budaya masyarakat bertamadun dari kerajaan besar Parsi dewasa itu. Sedang Muhammad hanya mengenal Makkah dan sekitarnya.
Aku lebih pandai!
Inilah penyakit yang menjangkiti ramai orang cerdik. Mentang-mentang belajar tinggi, sampai United Kingdom atau US, dua buah Negara yang menjadi idola tamadun yang pelbagai dewasa ini, orang itu bercakap menggunakan bahasa tinggi yang sukar difahami masyarakat. Bercakap pula asyik dalam bahasa Inggeris sahaja. Kepada masyarakat awam ini, dilihatnya golongan tidak berpendidikan. Ketika mereka mendengar kalam dakwah dan cerita agama daripada para ulama, mereka lantas mengatakana:
“Apa ini cerita lapuk…orang tidak lagi bercakap soal halal haram dan agama…ini dunia moden dan masyarakat Barat telkah menempa kemajuan sednagkan kita masih di takuk lama…”,
Golongan yang merasakan dirinya pintar hasil pembelajaran di Negara-negara maju ini dengan angkuh memperlecehkan nilai-nilai agama.
Inilah watak sejarah dalam diri Nadhar bin Al-Harith!
Ketika perang Badar meletus dan ramai tentera Musyrikin Makkah yang terbunuh dan ramai pula yang tertawan, Nadhar bin Al-Harith adalah salah seorang yang tertawan. Dia merupakan tawanan seorang sahabat bernama Al-Miqdad bin Al-Aswad r.a. Rasulullah SAW memerintahkan supaya Nadhar bin Al-Harith dihukum bunuh. Dalam perang Badar ada tiga tawanan yang dihukum bunuh kerana jenayah mereka tidak dapat dimaafkan. Mereka adalah Uqbah bin Abi Mu’it, To’imah bin ‘Adiy dan An-Nadhar bin Al-Harith. Sahabat bernama Al-Miqadad berkata:
“Dia tawananku ya Rasulullah!”
Rasulullah tetap memerintahkan agar An-Nadhar dihukum bunuh. Tiga kali Al-Miqdad mengulangkan kata-katanya dan akhirnya Rasulullah SAW mendoakan buat Al-Miqdad dengan katanya:

اللهم أغن المقداد من فضلك
“Ya Allah, kayakan Al-Miqdad dengan limpah kurniamu”.
Maka, Al-Miqdad menyambut dengan mengatakan bahawa itulah yang sebenarnya dia inginkan daripada Rasulullah SAW. Dia mahu Rasulullah mendoakan untuknya.
Sungguh hebat akhlak sahabat. Mahu sesuatu daripada Rasulullah SAW tetapi tidak meminta. Sungguh hebat pula Rasulullah yang dapat memahami keinginan sahabatnya.
Kesimpulan daripada kisah ini, janganlah kita menentang Islam dengan pengetahuan dan pengalaman yang kita perolehi. Pengetahuan yang diberikan itu adalah anugerah Allah SWT dan betapa hebat pun pengetahuan itu tidak dapat menandingi sedikitpun daripada ayat-ayat Allah yang teramat hebat.
Rujukan: Tafsir Ibn Kathir

0 ulasan:
Post a Comment