01 May, 2010

Bersama KAMMI dari Indonesia

Share
Sumber: http://fikrahnazifa.blogspot.com/



Tiga hari ini saya berkesempatan bertemu dengan wakil dari sahabat-sahabat seperjuangan GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia) dari seberang. KAMMI ( Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia). Dari namanya saja sudah membangkitkan rasa gerun kan..

Link KAMMI [Link]

Terimakasih buat KAMMI kerana sudi berkongsi banyak perkara dengan kami di Malaysia.  Antara yang boleh saya ambil intpatinya adalah :

(1)
"Bagaimana membudayakan sesuatu yang bukan budaya, agar semua orang bersetuju dengan dakwah Islam tanpa meletakkan persepsi negetif. Tanpa menolak idea dakwah Islam tetapi menerimanya sebagai satu budaya dan idea yang dipersetujui...Fikirkan..."

(2)
"Takbir perlu dari hati...Takbir = itukan membesarkan Allah...jadi perlu dengan sepenuh hati dan sepenuh jiwa raga..itu amalan KAMMI...BUKAN PERLUNYA HANYA MENJADI BUDAYA KITA?...Mudah-mudahan Takbir kita mampu menguncang seluruh penghuni langit dan dunia untuk sama-sama bertakbir bersama kita"

(3)
"Salah satu cara untuk survive dalam dunia dakwah..muslimah itu perlu berumah tangga..Hmm...(bagaimana pula kalau takdir jodoh kita bukan dengan aktivis dakwah...-minta dithabatkan Allah dalam perjuangan-makanya muslimah itu perlu ada satu lagi tamrin khas yang mendidik untuk terus siap dalam perjuangan biarpun dengan siapa ditakdirkan jodohnya...
Yang penting perlu ingat...
Muslimah itu madrasah pertama bagi anak-anak 

(4)
kalau hendak merasa terbiyah hebat...datang belajar di Indonesia..So..Master nanti ambikla di Indonesia..(Hmm..akan difikirkan)...Syaratnya..tiada scolarship...baru realiti..belajar sambil kerja..sambil dakwah.

(5)
Amalkan 5S (Senyum..Sapa..Salam..Sopan..Santun)

(6)
Usrah itu perlu happy, perlu seronok, dan perlu bahagia...Jangan muka masam mencuka..kemudian hari-hari cuma duduk-duduk doang sambil mendengar ceramah dari seorang..kan boring..makanya..usaha biar usrahnya jadi lebih menarik...jangan pegangnya cuma satu usrah...tapi biar sampai 20 usrah...hebat!!!

(7)
Perbalahan Malaysia dan Indonesia itu selesai cuma dengan Upin dan Ipin... Kuasa media

Jadi pengen pula ditarbiyah di indonesia... Apa rasanya ya...hehehe...Jika diizinkan Allah...amin... Semoga persaudaraan perjuangan antaa KAMMI dan GAMIS akan sentiasa subur dan mampu menghasilkan koloborasi yang mampu menguncang dunia...

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.