20 April, 2010

Muktamar PAS Kawasan Tawau Kali ke -22.

Share

Sabtu-17 April bersamaan dengan 02 Jamadil Akhir 1431 H, Bertempat Madrasah Darul Hidayah tepat jam 9.00 pagi Perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tawau berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Ust Idris Ahmad sekaligus menyampaikan Penerangan Isu-isu semasa.

Tetamu terhormat yang hadir pada hari tersebut termasuklah Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Haji Muhammad Abdullah, Timbalan 1 Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Hj Hamzah Abdullah serta Encik Ahmad Dullah Ajk PAS Pusat.

Ucapan Perasmian Ust Idris Ahmad ( Ketua Penerangan PAS Pusat)

Pesuruhjaya PAS Sabah Ayahanda Tuan Hj Muhammad Abdullah

Tuan Hj Hamzah Abdullah
(Timb. 1 Pesuruhjaya PAS Sabah)

Sekitar 50 lebih pelajar pondok madrasah yang hadir memenuhi kerusi kosong dan ditambah dengan pewrwakilan-perwakilan dan cawangan-cawangan daripada Jalan Apas, Cawangan Taman Ria, Cawangan Pasir Putih, Merotai dan cawangan Umas-umas.

Ahad-18 April, Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tawau, Bertempat Hotel MB. Bermula tepat jam 8.30 pagi yang dihadiri lebih seratus orang yang terdiri daripada Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, perwakilan-perwakilan, serta cawangan-cawangan.

Barisan Saf Kepimpinan PAS Kawasan Tawau.

Mohd Kasman K.
Perwakilan Dewan Pemuda Tawau

Usul Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau untuk PAS Kawasan ambil tindakan ialah * Menggesa agar pihak kerajaan untuk berbincang dengan pihak pemaju untuk menghantar memorendum agar setiap taman-taman yang dimajukan dapat dibangunkan masjid-masjid untuk orang ramai beribadat.

Semoga PAS Kawasan akan terus dan terus maju kehadapan serta dapat mencapai kehendak yang di tuju dan dapat merealisasikan tema "MENUJU PERUBAHAN, PERKASAKAN PAKATAN"..demi membela nasib rakyat khususnya dibumi Tawau.. TAKBIR!!!!!!!!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.