21 January, 2010

MASJID SEBAGAI PUSAT KOMUNITI

Share

Sumber: http://abunuha.wordpress.com/

40 orang daripada kalangan Imam-Imam Daerah dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam hadir dalam Konvensyen Pengurusan Masjid 2009 akhir tahun lalu di Hotel Palace Kota Kinabalu.

Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah yang menjadi salah seorang penceramah undangan menyampaikan satu slot bertajuk : Menjadikan Masjid Sebagai Pusat Komuniti Masyarakat : Satu Pendekatan Pengurusan Cemerlang.

Hj Nic antara lain menyeru pegawai-pegawai masjid agar bersikap lebih terbuka dan fliksibel dalam mendekatkan masyarakat pelbagai generasi kepada rumah Allah.

JHEAINS khususnya para imam dan JK Masjid seharusnya duduk berbincang bersama untuk mencari pendekatan berdasarkan syariah dan sirah Nabawi SAW dan bukannya menutup ruang masjid hanya sebagai tempat solat semata-mata.

Selain ceramah beliau, 3 tokoh imam besar dan mantan imam besar turut hadir menyampaikan ilmu masing-masing berkenaan masalah bacaan, solat dan yang berkait dengannya.

Mereka ialah Datuk Hj Asmali Bachi (mantan imam besar), Ust Hj Nahar Mantamin (mantan imam besar) dan Ust Hj Ibrahim Kisab (Imam Besar Masjid Negeri Sabah).

Program berkenaan ditangguhkan oleh Pengarah JHEAINS, Datuk Hj Amri Suratman.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.