10 September, 2012

Ordinan Native: Manipulasi Setiausaha PRESS terhadap kenyataan Ketua Pemuda PAS (bahagian pertama)

Share
Sahabat Blogger Sabah (SBS.Media) merasa kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang memainkan isu keturunan dan etnik tanpa memikirkan kesannya terhadap kestabilan dan keharmonian dalam masyarakat di Sabah. Perkembangan terbaru ialah apabila kenyataan Ketua Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu berkaitan isu RCI telah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik.

Polimik tersebut bermula apabila Ketua Pemuda PAS Sabah menyatakan pendirian terhadap penubuhan RCI yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Kenyataan beliau boleh dirujuk pada keratan akhbar bertarikh 13 Ogos 2012 yang diterbitkan oleh DailyExpress.

Bulatan: Kesilapan laporan oleh DailyExpress

Melalui laporan media tersebut, saudara Mohd Zaki Harry Susanto yang juga setiausaha PRESS (Persatuan Etnik Suluk Sabah) telah mendesak Ketua Pemuda PAS Sabah memohon maaf terhadap laporan media tersebut, dimana beliau mempertikaikan kenyataan yang mengatakan etnik Suluk sebagai pendatang (PTI) di Sabah. Ianya disusuli dengan laporan polis yang dibuat terhadap saudara Lahirul bertarikh 2 September 2012 di balai polis Tawau.

Berikutan dengan tindakan tersebut, saudara Lahirul telah membuat kenyataan balas bahawa laporan berita tersebut sebenarnya mempunyai kesilapan terhadap apa yang dilaporkan. Beliau telah mengeluarkan kenyataan balas yang boleh dirujuk di sesawang Sabahkini dan sesawang saudara Lahirul sendiri sebagai reaksi kepada isu yang dibangkitkan (rujuk disini dan disini). Namun begitu setiausaha PRESS tersebut masih tidak mahu mengakui penjelasan yang diberikan, sebaliknya terus mendesak saudara Lahirul di laman-laman Facebook, sehinggalah saudara Lahirul terpaksa membuat laporan polis terhadap tuduhan yang dikeluarkan oleh saudara Zaki (rujuk disini)

Laporan polis oleh Lahirul Latigu pada 4 September 2012 dibalai polis Karamunsing, Kota Kinabalu

Bagi menjernihkan keadaan saudara Lahirul telah bertemu dengan Presiden PRESS sendiri iaitu En. Kahar Tan bagi menjelaskan keadaan sebenar. Pertemuan tersebut sebenarnya telah mencapai persefahaman bahawa apa yang berlaku sebenarnya ialah salah lapor pihak media terhadap kenyataan Ketua Pemuda PAS tersebut.

Namun kerana kepentingan politik, isu tersebut seperti tidak mahu diselesaikan oleh blogger-blogger upahan, malah dibabitkan pula dengan keluarga dan etnik saudara Lahirul.

Pertemuan bagi menjernihkan suasana bersama Presiden PRESS, En. Abd Kahar Tan (tengah)

Nantikan pendedahan seterusnya.

Komen Via Facebook

1 ulasan:

Unknown said...

selamat maju jaya...

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.