24 February, 2013

Sabotaj Karnival Rakyat PAS, UMNO Sepanggar Dicemuh

Share

Karnival Rakyat PAS Sepanggar yang dijadual diadakan pada hari ini, Ahad di Padang Kampung Warisan Sepanggar tidak berlangsung seperti yang dirancang ekoran tindakan UMNO Sepanggar mensabotaj program.
 
PAS yang telah menempah padang tersebut melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mengadakan Karnival Rakyat berhadapan dengan karenah JKKK Kampung Warisan tajaan UMNO Sepanggar yang mendakwa mereka juga menempah padang tersebut pada tarikh dan waktu yang sama. Mereka juga beralasan menyatakan tempahan mereka lebih awal daripada PAS iaitu sejak Januari lepas.

 UMNO berlakon seolah-olah mengadakan program

Ketua Dewan Pemuda PAS Sepanggar, Saudara Saifuddin Samsuddin menyatakan pihaknya cuba berbincang mengenai hal ini bagi mengelakkan tindakan yang tegang antara kedua-dua pihak namun tidak mempunyai titik penyelesaian.

“Kami (Pemuda PAS Sepanggar) sewaktu berjumpa di peringkat awal dengan pihak DBKK bagi ingin menempah lokasi tersebut, pihak DBKK menyatakan dengan jelas bahawa tiada mana-mana pihak yang menempah padang tersebut pada 24 Februari 2013 dan ia menunjukkan bahawa JKKK tersebut berbohong dengan memberi maklumat bercanggah”, kata Saifuddin.

 Kain rentang program diconteng dengan bahasa kesat oleh UMNO

Dengan terbatalnya karnival tersebut, aktiviti yang dijadual diadakan dalam karnival seperti Sukaneka Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan gerai jualan turut dibatalkan dan ianya menyebabkan tercetusnya kemarahan ratusan ibu bapa PASTI dan para peniaga gerai yang terdiri dari masyarakat Sepanggar kepada UMNO Sepanggar.

"Kami hanya mahu melihat anak-anak kami bermain di acara sukaneka, tetapi kami tidak sangka UMNO sanggup buat begini kepada anak-anak kami", luahan seorang penjaga pelajar PASTI.

Walaubagaimanapun, aktiviti ceramah umum PAS Sepanggar yang dijadualkan pada malam ini tetap akan diadakan dan ia akan menampilkan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr Raja Al-Hiss bersama pimpinan tempatan Pakatan Rakyat Sabah.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.