11 September, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA PAKATAN RAKYAT SABAH 2012

Share
Sumber: http://abunuha.wordpress.com/


Lebih 3000 tetamu menghadiri sambutan hari raya Pakatan Rakyat Sabah 2012 yang diadakan pada 1 September di Sulaman Sentral, Sepanggar. Tetamu istimewa pada majlis berkenaan ialah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang Terengganu. Beliau turun ke Sabah dalam rangka lawatan ke negeri ini dan menghadiri beberapa majlis dan siri pertemuan termasuk sambutan hari raya dan Himpunan Hijau Peringkat Negeri Sabah.

Urus setia program yang ditemui memaklumkan makanan pelbagai menu yang disediakan untuk 3000 tetamu habis menjelang tengahari majlis. Tinjauan yang dibuat memperlihatkan kehadiran pelbagai kaum dan agama menghadiri majlis berkenaan bersilih ganti. Ada yang dimaklumkan hadir dari Tawau, Sandakan, Tenom, Kudat, WP Labuan dan lain-lain tempat untuk turut sama memeriahkan majlis berkenaan. Kelihatan dalam majlis juga ialah YB DSP Haji Lajim Haji Ukin, YB Dr Hiew King Chiew, rombongan Dewan Pemuda PAS Malaysia dari ibu negara diketuai oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Majlis berkenaan dikendalikan bersama oleh urus setia Pakatan Rakyat dengan dihoskan oleh PAS Sabah. Wakil-wakil pimpinan Pakatan Rakyat turut memberikan ucapan mereka bersilih ganti secara santai kepada tetamu yang hadir. Turut memberikan persembahan ialah Zua XPDC yang menyertai rombongan Pemuda PAS Malaysia.















Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.