15 August, 2012

Ada lagi pemimpin Umno keluar parti selepas Aidilfitri - Lajim

Share
sumber: http://masdarwahid.blogspot.com


Masdar Wahid

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin mengesahkan akan ada lagi pemimpin Umno Sabah yang akan keluar parti dalam masa terdekat atau seawalnya selepas sambutan Aidilfitri hujung Ogos ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada rangka lawatannya ke Sarawak atas jemputan KEADILAN negeri 12 Ogos lalu yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Sarawak.

Lajim bagaimanapun enggan mendedahkan butiran mengenainya walau didesak berkali-kali dan hanya menegaskan, "Mungkin selepas Hari Raya."

Lajim berkata, tindakan rakan-rakannya kelak meninggalkan Umno adalah sama dengan beliau iaitu enggan menerima salah guna kuasa dan penyelewengan Umno BN terhadap rakyat.

"Kami mahu kerajaan persekutuan mengambil maklum dan menyelesaikan masalah di Sabah, tetapi selepas 18 tahun banyak isu kekal tidak diselesaikan.

"Jika satu pihak gagal menyelesaikan masalah, apa yang untuk kita tunggu lagi? Oleh itu, kita beralih kepada pihak lain (Pakatan Rakyat) yang boleh membantu rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi," katanya lagi.

Selepas mengumum meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Pengerusi Umno BN Beaufort pada 29 Julai lalu, Lajim turut menubuh Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang memfokuskan pengundi Melayu Muslim Sabah pada PRU akan datang.

Komen Via Facebook

1 ulasan:

Anonymous said...

Ya betul cakap si Lajim ini,macam mahu jual getah bah kan kalau LIGS harga murah dan Syarikat swasta mahal buat apa kita mahu jual di LIGS kan...betul bah itu,dan contoh lagi kalau kereta yang kita pakai asyik rosak dan menjadikan kita muflis sebab selalu dihantar ke workshop bagus kita beli baru...

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.