Saya kebelakangan ini begitu agak banyak menghadami karya-karya
muwajih dari sahabat-sahabat PKS iaitu dari Partai Keadilan Sejahtera
seperti Ustaz Satria Hadi Lubis, Ustaz Salim A.Fillah, Ustaz Cahyadi Takariawan ataupun dikenal sebagai Pak Cah.
Sosok tubuh yang lahir dari perut PKS inilah yang agak tegar
membahasakan penceritaan tarbiyyah harakiyyah dalam bentuk yang ringan
dan mudah difahami sehinggakan boleh membuahkan cinta kepada tarbiyyah.
Di Malaysia juga ramai, bukan sahaja dalam karya berbentuk buku namun
juga melalui penulisan alam maya seperti Ustaz Riduan Mohd Nor, Hilal
Asyraf, Bro Hamzah, dan ramai lagi yang saya tidak sertakan disini. Saya
usaha membuka dimensi dalam ruang lingkup pemahaman dan penyegaran
idea-idea bagi mengulas nota-nota tarbiyyah yang dilihat usang oleh
sesetengah aktivis da'wah sekaligus merasa jemu dan hilanglah kemanisan
dalam menghayatinya bagi diimplementasi pada jalan da'wah.
Perlu diketahui dan difahami bahawa dalam era masa kini, wujud dua
kelompok pemikiran iaitu pemikiran generasi X ataupun Gen X dan generasi
Y dengan sinonimnya Gen Y. Pemahaman kedua-dua generasi ini agak
berbeza, di antara faktor yang membawa kepada jurang pemahaman adalah
faktor zaman, cara berfikir mengikut worldview gen masing-masing dan
juga amalinya.
Gen X Vs Gen Y
Gen X mungkin mudah memahami segala pengisian kitab dalam kaedah yang berbeza, dan Gen Y juga perlu memahaminya dalam keadaan dan teknik yang berbeza. Ini kerana, yang hendak dicapai dalam pentarbiyyahan ialah pemahaman yang tinggi dan atas dasar inilah Al-Banna telah menggariskan 'al-fahmu' sebagai asas pertama dalam arkanul bai'ah dalam mengukuhkan fikrah para rijal.
Gen X mungkin mudah memahami segala pengisian kitab dalam kaedah yang berbeza, dan Gen Y juga perlu memahaminya dalam keadaan dan teknik yang berbeza. Ini kerana, yang hendak dicapai dalam pentarbiyyahan ialah pemahaman yang tinggi dan atas dasar inilah Al-Banna telah menggariskan 'al-fahmu' sebagai asas pertama dalam arkanul bai'ah dalam mengukuhkan fikrah para rijal.
Secara mudahnya, saya membuat analoginya ini, lihat saja
pelajar-pelajar sekolah di zaman era 70an-80an, cara mereka belajar
mungkin hanya satu 'option' sahaja iaitu sewaktu di kelas dengan
mengikut tatacara guru 100%, namun di era zaman kini banyak pilihan yang
lain iaitu dengan belajar melalui peta minda, teknik-teknik
pembelajaran berkesan atas matlamatnya semata-mata iaitu faham ilmu.
Apa yang saya hendak menonjolkan di sini adalah usaha kita dalam menghasilkan nota-nota usrah yang segar berupa syarah ataupun ulasan daripada kitab-kitab tarbiyyah harakiyyah. Yang pastinya, asalkan ia diulas dengan disiplin ilmu yang tidak bercanggah dengan maksud asal dan sumber dalil.
Apa yang saya hendak menonjolkan di sini adalah usaha kita dalam menghasilkan nota-nota usrah yang segar berupa syarah ataupun ulasan daripada kitab-kitab tarbiyyah harakiyyah. Yang pastinya, asalkan ia diulas dengan disiplin ilmu yang tidak bercanggah dengan maksud asal dan sumber dalil.
"Keutamaan da'wah kita ialah usaha menyedar dan menghidupkan akal,
hati, perasaan dan jiwa. Kita mahukan jiwa yang hidup, hati yang
sentiasa segar, perasaan yang bersemangat, akal yang faham, ruh yang
bercita-cita besar untuk mencapai idealisme dan objektif yang tinggi".
(Method Pemikiran Hassan Al-Banna; Dr. Jum'ah Amin)
Untuk masa akan datang, satu reformasi tarbiyyah perlu dibuat dengan
penulisan karya nota-nota usrah yang terisi dengan idea-idea segar dan
ia perlu menggambarkan bahawa tarbiyyah itu harus diterima dengan
kecintaan dan halawah.
Tarbiyyah Bukanlah Matlamat
Tarbiyyah Bukanlah Matlamat
Kita tidak menafikan, ada diantara aktivis da'wah yang sudah
berkecimpung pada jalan da'wah dengan masa yang lama seperti 10 tahun ke
atas dan besar kemungkinan akan berlaku merasa jemu, bosan, jenuh pada
tarbiyyah. Maka, satu solusi diperlukan bagi memastikan mereka sentiasa
berada dalam proses pentarbiyyahan dan kefahaman yang mendalam sehingga
dapat melahirkan amal. Atas sebab itu, janaan idea-idea dalam
menyegarkan ruang lingkup tarbiyyah itu diperlukan sebagai tatapan dan
bekalan buat aktivis da'wah.
"Tarbiyyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan tarbiyyah"
(Syeikh Mustafa Masyhur)
Jelas di sini bahawa tarbiyyah bukanlah
matlamat yakni ghayah, namun matlamat kita adalah mardhatillah. Untuk
mencapai mardhatillah iaitu ghayah, maka tarbiyyah itu merupakan medan
dan wasilah kita. Pemahaman dan aspek-aspek tarbiyyah ini diperlukan
sebagai satu ketahanan (imuniti) aktivis da'wah kepada jalan da'wah yang
berliku dalam menyiapkan diri sebagai rijalud da'wah dan rijalud
daulah.
Satu pesan saya kepada aktivis da'wah, segarkanlah tarbiyyah dan jaga tarbiyyah anda...
0 ulasan:
Post a Comment