Share
sumber: http://wardahal-jannah.blogspot.com
2 tiga minggu lalu merupakan minggu yang agak kritikal sehinggalah ke hari ini. Blog dah bersawang baru ada masa untuk mengisinya. Setiap hari diri di santap dengan jadual yang padat dengan pelbagai program yang memang menginsafkan. Teringat di zaman kampus dahulu. Jadual harian sememangnya sudah dirancang dengan baik. Bangun pagi sebelum masuk ke kelas ana suda wajibkan diri untuk menghadiri kuliah hadis, sebelah petang pula sebelum balik ke kolej kediaman pergi ke kuliah Tafaquh, hujung minggu berpersatuan dan begitulah seterusnya. Berbanding bila sudah tamat pengajian, jadual berubah dengan mendadak. Kuliah ilmu susah hendak ditemui. Program pula mendadak disetiap hujung minggu yang mana pada masa dua hari itulah sepatutnya hari diluangkan bersama keluarga tercinta. Pergi bercuti, menonton tv bersama-sama, gelak tawa bersama berkebun bersama dan sebagainya. Namun itu hanyalah khyalan dihujung tanduk semata. Kerehatan hanyalah bila melelapkan mata dan di atas tikar sejadah. Allahurobbi..
Itu sebenarnya baru sedikit jika dibandingkan dengan perjuangan para nabi untuk membawa risalah Islam. Buat apa keluhan? buat apa merasa resah? Mahar Syurga terlalu mahal untuk kita membelinya. Tidak hanya goyang kaki di rumah kita boleh dapat syurga dengan mudah didepan mata. Perlu dengan 1001 pengorbanan. Orang yang hidupnya untuk perjuangan Islam pasti syurga menjadi idaman. Dan kerana itula akan digugar mehna tribulasi yang memang di hadiahkan buat seseorang yang bergelar anak haraki Islam!
31 Dec yang lalu merupakan suatau pengembaraan yang tidak dapat ana lupakan sepanjang ana bergelar muslimat haraki. Dewan Muslimat Pas KB telah mengiringi rombongan pimpinan Pas Pusat iaitu Ustazah Nuridah bersama Pesuruhjaya Pas Negeri Sabah iaitu Ust. Aminuddin Aling ke N3 Pitas, parlimen Kudat untuk melihat sendiri kemiskinan nombor 1 di Malaysia. Pemuda Pas KB pula ditugaskan untuk menyiapkan keperluan ceramah umum pada sebelah malamnya di perkarangan rumah manatan calon PR iaitu Ust . Awang Laiman di Kg. Tamau Kota Belud.
Rombongan DMPKB yang mengiringi PJ sabah dan Ustazah Nuridah telah bertolak tepat jam 8.00 pagi daripada PASTI Al-Firdaus KB. Perjalanan kami telah diiringi dengan hujan yang sangat lebat. Kami telah berhenti di Check Point di Kota Marudu untuk bersarapan bersama YDP Kudat berserta tiga orang Pemuda Pas Kudat. Setelah bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Pitas dengan di temani hujan yang agak lebat. Ana di pertanggungjawabkan oleh Ketua DMP untuk membawa kereta Alzanya yang telah dimuatkan seramai 5 orang serikandi daripada KB. Manakala Ustazah Nuridah dan PJ Sabah pula menaiki kereta D-Max yang dipandu oleh seorang Pemuda KB berserta dua orang lagi muslimat daripada KB.
|
Hujan lebat yg terpaksa kami lalui bermula dr Kota Belud lg |
|
Banjir, angin ribut di lalui dengan 1 misi melihat dan merasai sendiri penderitaan penduduk Pitas |
Ana yang baru pertama kali menjejakkan kaki di daerah Pitas mula tercari-cari di mana letaknya pekan Pitas? yang hanya kelihatan hanyalah deretan kedai-kedai buruk di sepanjang perjalanan. Dengan jalan yang sangat teruk menyebabkan pemanduan ana lebih berhemah dan berhati-hati ^_^
|
rumah yg sepatutnya tidak logik wujud lagi Sabah kerana Sabah merupakan negeri yg terkaya deng hasil bumi. tetapi?? |
|
satu-satunya sekolah yg berdekatan dengan kg. Bongkol |
Perjalanan kami diteruskan hinggalah sampai ke Kg. Bongkol. Semasa masuk ke simpang Kg. Bongkol, kami telah disajikan dengan jalan yang berlumpur akibat musim tengkujuh pada bulan Disember. Akan tetapi, jalan yang teruk tidak menjadi alasan untuk mematahkan semangat kami untuk bertemu dengan masyarakat Kg. Bongkol dan beramah mesra bersama Dewan Himpunan Pas yang telah ditubuhkan di kampung tersebut. Perjalanan untuk sampai ke Kg. Bongkol memakan masa 4 jam dengan pelbagai rintangan yang dilalui. Hujan lebat, banjir, cuaca panas dan jalan yang berlumpur menguatkan lagi tekad kami untuk sampai ke destinasi dakwah kali ini.
|
kereta yg kami naiki telah masuk kedalam lumpur sebelum sampai kedestinasi |
|
pemuda kB dan Kudat turut mencari idea untuk mengeluarkan kereta kami yang terbenam di dalam lumpur |
|
ustazah Nuridah tidak melepaskan peluang menyaksikan kereta kami yg terbenam didalam lumpur |
|
Alhamdulillah akhirnya kami sampai jg ke destinasi setelah melalui pelbagai rintangan |
|
Kami disambut meriah oleh ahli2 Dewan Himpunan Penyokong PAS |
|
kedatangan kami disambut dengan tarian tradisi Kaum Rungus dan paluan Gong selamat datang dari penduduk kampung |
|
pengalaman yg pasti diceritakan oleh Ustazah di semenanjung :) |
|
Ustazah Nuridah tergamam melihat tempat takungan air penduduk kg. Ini bukan perigi.. | | |
Setelah mengadakan sesi soal jawab bersama penduduk kampung, rombongan kami bertolak balik ke Kota Belud semula untuk program ceramah Umum bersama YB Nizar pula.
|
rombongan bertolak balik ke KB |
|
Allah.. sekali lagi kereta kami terbenam di dalam lumpur. Ujian Allah.. Sabar.. |
|
sekali lagi pemuda membantu mengeluarkan kereta kami. Ini namanya kereta perjuangan :) |
|
Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai di KB sebelum maghrib. Bergegas pula ke ceramah umum kerana kami yg menyediakan tentif program |
|
Sambutan ceramah Yb nizar memang mantap. Semua penonton terpegun dan tergamam :) |
|
Terima kasih "Sahabat Baik" kerana sentiasa menemani kami kemana-mana sahaja. Al-maklumla "Artisszzzzzz" |
Sekian dahulu untuk kali ini. Wasalam.
Komen Via Facebook
Hak Cipta & Penafian
SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.
0 ulasan:
Post a Comment