t | |
Mohd Firdaus |
KOTA KINABALU, 8 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menyambut baik hasrat Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, langkah pemansuhan tersebut dianggap wajar apabila memperlihatkan keadaan masyarakat luar bandar terutama kawasan pedalaman Sabah yang begitu daif dari struktur bahasa dan kemudahan yang banyak mempengaruhi potensi penggunaan PPSMI tersebut “Keadaan di Sabah terutamanya, boleh dinilai secara mudah. Bagaimana kita mahu meneruskan PPSMI ini sedangkan pelajar-pelajar luar bandar masih lemah penguasaan bahasa Inggeris dan kepakaran guru-guru menguasai PPSMI pun dilihat kurang. “Lihat sahaja di kawasan pedalaman Sabah yang mana bukan sahaja keadaan sekolah yang usang, malah kemiskinan juga menghantui proses PPSMI tersebut,” katanya. Beliau juga tidak menolak masih ramai guru-guru terutama dikawasan pedalaman yang bukan sahaja berhempas pulas mendidik pelajar-pelajar pedalaman, malah terpaksa juga melaksanakan pengajaran dua subjek berkenaan dalam dwi bahasa. “Kita percaya, masih ramai dikalangan guru-guru yang terpaksa menggunakan dwi bahawa dalam proses pembelajaran dua subjek berkenaan. Ini sekaligus menyebabkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh guru-guru semakin bertambah,” ujarnya. Sementara itu, Ketua Peneranganya Mohd Zulfikar Abd. Mijan berkata, Menteri Pelajaran harus mengotakan janjinya bagi memansuhkan PPSMI yang berkuatkuasa tahun 2012. |
0 ulasan:
Post a Comment