12 September, 2011

MAJLIS KUNJUNGAN AIDILFITRI PRESIDEN PAS KE SABAH (13Sept.2011, Selasa) - 8:30 malam.

Share
Sumber: http://paskawasankalabakan.blogspot.com/

12 September 2011, Selasa [14 Syawal 1432 H] : Satu program akan diadakan oleh PAS Cawangan Pasir Putih pada 13 September 2011 yang bertempat di PASTI Kampung Pasir Putih, Tawau. 

Program tersebut ialah Majlis Kunjungan Aidilfitri yang akan dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap ahli Parlimen Marang, Terangganu.

Di samping itu, Derma Jihad PRU-13 juga akan dilancarkan di dalam Majlis ini sekaligus Perasmian PAS Cawangan Pasir Putih. Tambahan lagi, penyerahan borang ahli PAS akan diserahkan terus kepada YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang.




Berikut adalah atur cara majlis : 

12 September 2011 (Isnin)
9:00 malam : Ketibaan YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang di Lapangan Terbang Tawau. (Orang ramai dijemput sama untuk menjemput sama ketibaan Presiden. Sila berkumpul di Pejabat PAS Kawasan Tawau sebelum Isyak).

13 September 2011 (Selasa)
4:50 pagi : Solat Subuh dan Kuliah Subuh (Tempat : Masjid Quba-Taman Wawasan)
9:00 pagi : Lawatan ke Pasar Sayur Tawau
6:15 petang : Solat Maghrib (Tempat : Masjid An-Nur-Kampung Pasir Putih)
7:29 malam : Solat Isyak (Tempat : Masjid An-Nur-Kampung Pasir Putih)
8:30 malam : MAJLIS KUNJUNGAN AIDILFITRI (PASTI Pasir Putih-Jaya Mawar)

14 September 2011 (Rabu)
4:50 pagi : Solat Subuh dan Kuliah Subuh (Tempat : Masjid Quba-Taman Wawasan)

Orang ramai dijemput hadir. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada Saudara Suhasman Sudirman (Pengarah Program) di talian : 0194514887.

Allahu'alam.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.