12 September, 2011

CANTIK, TAPI..

Share
Sumber: http://abunuha.wordpress.com/


Tengah malam, pulang dari tengah bandaraya Kota Kinabalu. Saya lihat cermin sisi, tiada kenderaan di belakang. Saya memberhentikan kereta sebentar, merakam foto dengan telefon bimbit. Lokasinya di jalan pantai, berhadapan Sutera Habour dan Grace Ville.

Saya tidak sempat membilang jumlah lampu-lampu indah berwarna biru yang bergantungan di setiap pokok pembahagi jalan. Hanya terbayang di benak saya, berapa kos pembelian dan pemasangan setiap satu dan berapa pula bil elektrik yang dibayar oleh pihak berkuasa tempatan kepada SESB. Pemasangan lampu berjuntaian di pokok-pokok ini memang cantik, tetapi pada pandangan saya ia bukanlah satu keutamaan jika dibandingkan keperluan tenaga elektrik di tempat-tempat lain.

Bukan satu rahsia, masih banyak jalan-jalan yang kegelapan saban malam. Oleh kerana saya semakin kurang berjalan ke pedalaman dan daerah-daerah,  saya mencatat ini dalam konteks jalan-jalanraya sekitar Pantai Barat Sabah yang masih banyak tidak di pasang lampu-lampu jalan (termasuk kuasa elektriknya). Saya belum menyebut keadaan di Pekan Sook, Pitas, Beluran, atau di Pulau Sebatik (mungkin baik atau sebaliknya). Sesungguhnya kita semua – terutama  mereka yang terlibat – akan disoal oleh Allah SWT tentang amanah yang dipikul di pundak masing-masing.

Maka ia termasuklah soal penggunaan duit dan harta rakyat, di mana ia diperolehi dan ke mana ia disalurkan. Tidak terkecuali, lampu-lampu jalan yang berjuntaian di sekitar jalanraya di Bandaraya Kota Kinabalu.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.