Laluan ke Kampung Lingkudau, Keningau |
Sempat kamiberbual-bual dan bertanya kepada penduduk di situ tentang asal penempatan mereka di Kampung tersebut. Hampir keseluruhan masyarakat di situ didatangkan daripada mangsa ribut Greg yang berlaku di daerah Keningau hujung tahun 90 an. Kami dimaklumkan bahawa penempatan tersebut adalam merupakan hasil projek Tun Ghafar Baba yang telah telah menyediakan kawasan tanpa geran yang sah dan memuatkan penempatan masyarakat disitu seperti sardin.
Kanak-kanak dari Kampung Lingkudau |
Apabila ditanya tentang kehadiran YB yang bertanggungjawab di situ, mereka menyatakan setakat kehadiran mereka di situ, belum ada YB yang hadir untuk mendengar masalah-masalah yang mereka hadapi. Penduduk kampung tersebut sehingga kini belum pernah menikmati jalan berturap ke kawasan penempatan mereka. Kemudahan elektrik dan air juga masih belum dinikmati walaupun sabah adalah negeri yang mendapat peruntukan yang besar dari kejaraan pusat. terkesan kami apabila kami ditunjukkan kad pengenalan sah yang mereka miliki bagi menunjukkan bahawa mereka adalah warganegara yang sah dan layak menikmati kemudahan yang disediakan kepada warganegara yang lain.
Masyarakat Terpaksa Menggunakan Air Telaga Yang Tercemar Untuk Keperluan Harian |
Satu lagi projek kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan Barang Naik hari ini apabila masih terdapat masyarakat yang 'melukut ditepi gantang' yang menagih kasih dan simpati di dalam negera mereka sendiri. Ataupun mereka sendir adalah projek yang dicipta oleh kerajaan BN itu sendiri untuk meraih kuasa di bumi Kulit Kayu Manis ini....????
0 ulasan:
Post a Comment