sumber: http://islamreturn.blogspot.com
Pada hari ahad baru-baru ini aku berkesempatan untuk bertandang sebentar ke program anak angkat di Kg. Padas, Tebobon, Kota Kinabalu. Program anjuran Persatuan Siswazah Sabah itu telah membuka mata banyak pihak terutamanya para peserta bahawa rakyat Sabah sebenarnya hidup dalam penderitaan dan tangisan. Rata-rata penduduk disini adalah penyokong setia PBS dan akhirnya mereka ditaburkan janji-janji palsu pada setiap kali pilihanraya.
Kehadiran aku kesana sekadar untuk melihat sendiri bagaimana suasana masyarakat melalui kehidupan seharian. Dapatkah kita bayangkan bagaimana untuk mereka lalui kehidupan dengan tiada bekalan elektrik dan air. Malah tanah yang mereka duduki juga belum ada apa-apa tanda untuk di gezetkan sebagai tanah kampung (adat). Keadaan surau juga yang sangat daif membuktikan bahawa kerajaan langsung tidak memberi perhatian kepada masyarakat muslim yang majoritinya tinggal disana. Sekurang-kurangnya, walaupun tanah itu bukan milik mereka, tapi pastikanlah keperluan ibadah mereka terurus kerana disitulah teletaknya kekuatan insan sebagai hamba Allah.
Sebelum dari itu, aku berkesempatan melawat kampung tersebut pada hari jumaat, dan hampir-hampir masuk solat jumaat, namun apa yang aku saksikan adalah golongan remaja/belia yang masih melepak berbual-bual dan kanak-kanak yang masih bermain. Inikah masa depan Islam yang diinginkan oleh kerajaan UMNO/BN. Generasi apakah yang ingin mereka hasilkan?
Sebenarnya, apa yang aku saksikan ini, membuatkan sifat pemuda aku tercabar..! Rasanya seperti ingin sekali menentang kerajaan BN ini sehingga ke hujung nyawa. Semoga suatu hari nanti rakyat Sabah sedar bahawa BN sebenarnya sedang menyedut darah/keringat mereka semata-mata untuk kesenangan pemimpin dan kroni-kroni mereka.
Keadaan surau yang teletak di kawasan BANDARAYA KOTA KINABALU
Keadaan surau Kg. Padas, ibarat kandang.
Keadaan di dalam surau yang daif.
Lagi gambar dan berita lihat disini.
0 ulasan:
Post a Comment