09 March, 2011

Demonstrasi melanggar syariat?

Share
Sumber: http://muridkyai.blogspot.com/

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Mansur At-Turki, kelmarin mengingatkan bahawa demonstrasi adalah diharamkan dalam kerajaan Arab Saudi dan ia juga diharamkan mengikut Syariat Islam. Untuk itu, pasukan keamanan diberi wewenang untuk melakukan semua langkah untuk menghalang cubaan-cubaan pihak yang melanggar peraturan larangan ini.
 
Mansur At-Turki

Apa yang dikatakan jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi tersebut adalah cubaan untuk menahan kebangkitan rakyat yang sedang melanda rantau Arab dewasa ini. Di saat pemerintahan berada dalam keadaan terancam, mereka akan mencari dahan mana yang kukuh untuk berpaut. Tentunya dahan Islam itu tempat yang paling selamat. Dengan mengatakan demonstrasi itu haram dari segi agama, mereka berharap rakyat akan patuh dan mengurungkan niat mereka untuk bangkit berdemonstrasi melawan pemerintah.

Kerajaan Arab Saudi kaya raya. Tetapi kekayaan itu hanya berlegar di kalangan elit pemerintah. Rakyat terbanyak masih dalam kemiskinan. Anugerah Tuhan dalam bentuk hasil buminya dan kemuliaan dua tanah haram yang dikunjungi jutaan ummat Islam setiap tahun, disia-siakan. Bangsawan pemerintah hidup berfoya-foya dengan harta yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat. Pemerintahan seperti ini jauh lebih menyalahi syariat berbanding dengan demontrasi yang didakwa menyalahi syariat.
Usahlah bercakap tentang hukum syariat untuk memadamkan hasrat fitrah rakyat kalau pemerintahan sendiri melanggar syariat! Seperti ayam betina, kokokan berderai-derai, tapi ekornya berlumuran najis.

Ulama yang mengaku salafi manakah yang memberikan fatwa sebegini sehingga berani jurucakap kementerian tersebut mengaitkannya dengan hukum syariat? Kita maklum, dalam menanggapi demonstrasi dan revolusi kebangkitan rakyat di beberapa negara Arab ini, tokoh-tokoh yang mendakwa mereka salafi tidak menyatakan sokongan bulat kepada pihak rakyat. Mereka lebih suka mengambil sikap diam atau sesetengahnya lebih lancang menuduh gerakan rakyat itu sebagai haram. Dikatakan bahawa rakyat hendaklah bersabar sekalipun ditindas pemerintah yang zalim. Kesalahan dalam menanggapi nas-nas syarak menyebabkan mereka menjadi pasif dan pasrah.

Yang bersama rakyat menghambat pemerintah para "tughyan" di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Jordan, Palestin dan lain-lain adalah mereka yang menggabungkan diri dengan gerakan Islam. Malah, rakyat yang tidak bersandarkan fikrah Islam dari kelompok sosialis juga bersama. Leceh sekali pandangan para salafiyyon yang menyongsang hasrat nurani rakyat dan semua manusia bermaruah ini. Siapa yang mereka pertahankan? Hukum hakam Islam atau hagemoni penguasa zalim?

Sebenarnya... mereka bukan salafi!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.