05 October, 2010

SUKA DUKA MUJAHID DI SABAH

Share
Sumber: http://i4a99-cintakanmati.blogspot.com/



Terlalu mudah mengungkap kata PERJUANGAN,
Sedang terlalu jauh dari tanda KEMENANGAN...

Suka duka ini Mujahid bawa kongsi bersama. Merasa terdorong untuk membawa kesedaran. Mengajak diri sendiri membawa perubahan. Mencari dan menghayati apa itu pengorbanan.

Sungguh erti pengorbanan itu bisa dirungkai semudah-mudahnya. Mengetahui besarnya hikmah lagi nikmat di sebalik perjuangan. Perlulah turun ke medan perjuangan terlebih dahulu.

Betapa sukar membawa jasad di medan perjuangan. Bukanlah kerana luka itu sakit, bukan juga kerana tangis itu penyesalan. Tapi semua itu satu erti pengorbanan. Yang pulangannya dijamin Allah.

Betapa sukar merelakan jiwa ini pada risiko pengorbanan. Kerana di sana punya ribuan cacian. Malah jutaan tentangan. Apatah lagi ancaman nyawa. Semuanya terzahir bila kita di posisi perjuangan sebenar.

Apalah ertinya lafaz DAKWAH. Sedang wasilah fasik punca gagalnya matlamat. Apalah ertinya laungan si dai'e. Sedang aib menjadi punca rosaknya imej Islam. Betapa perlunya kita sentiasa bermuhasabah. Mengenal identiti diri di mana punca dan sekembalinya kita pada Pencipta.

Sungguh menyedihkan...Walau diri bertaraf ilmuwan, disanjung tinggi masyarakat atas nama title, pangkat serta sijil. Di hadapan sangat lantang, di belakang jelmaan pengkhianat. Sesungguhnya ini wujud pada sifat kelompok Liberal.

Sungguh menyedihkan...bila umat mengaku Dai'e, tapi begitu mudah mengundur diri. Apa perlu keluarga dan kampung menjadi keutamaan buat saat ini? sedangkan itu hanyalah pilihan. Sehingga sanggup mengundur diri dari peluang yang Allah berikan! Janganlah wahai perantau cepat mengalah.

Saya mujahid menyeruh semua yang mengaku dirinya Muslim. Yang mengaku ucapan syahadah sebagai pengikat perjanjian dengan Allah. Menyeruh supaya benar-benar mengambil Islam sebagai amalan hidup yang syumul. Tanpa mengabaikan walau satu ayat pun perintahNya. Menjadikan Rasulullah sebagai ikutan sebenar. Membuang segala amalan karut yang hanya merugikan umat Islam. Merugikan lagi membuat umat Islam ketinggalan.

Mujahid juga menyeruh supaya semua tentera Allah sentiasa mempersiapkan persenjataan iman. Ini pesan Islam, bukanlah datang dari emosi Mujahid.

Pada al-Quran itu Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (Surah As-Saff: ayat 10-11)

Hati selalu membisik tak sanggup meninggalkan Sabah. Dari sana Mujahid terdidik. Dari sana Mujahid pernah mengorbankan harta dan tenaga. Dari sana ukhuwah terjalin sesama pejuang. Membina barisan yang kukuh menegakkan Islam.

Betapa besar ancaman umat Islam di Sabah. Murtad dan serangan pemikirannya. Apatah lagi konflik budaya dan tradisi. Tidaklah kebanyakkan umat yang berkesedaran itu benar-benar mengambil peluang ini agar mendapat seperti yang dijanjikan Allah. Berada di Sabah kemudian tak sabar nak pindah kerja di tempat asal. Betapa ini satu kedukaan buat umat di bumi bawah wahyu, Sabah.

Pada Allah sahaja Mujahid meminta. Agar usia dan kemampuan dilanjutkan. Biar sekembalinya nanti dapat memberi khidmat sebagai kuli Allah. Mencurahkan bakti membangunkan Islam. Memacu tenaga melonjak semangat dakwah. Berusaha membawa perubahan. Agar bumi Sabah punya umat yang diredhai Allah. Lahirnya umat Islam yang asli, maka terpacaklah bendera Islam. Takbir!...


Mujahid Bandau (_^_)

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.