05 October, 2010

MARCOL 2010: Pelajar UMSKAL Bentang Penyelidikan

Share
Sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com


Labuan: Seramai  25 kumpulan penyelidikan terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan telah berjaya membentangkan hasil laporan mereka yang diadakan sempena Kolokium Penyelidikan Pemasaran Antarabangsa 2010 (MARCOL)  baru-baru ini.

Menurut Ketua MARCOL 2010 Profesor Madya Dr. Norazah Mohd Suki, setiap pelajar memiliki potensi tersendiri dan memerlukan pemahaman yang jelas bagi mengaplikasikan kaedah pemasaran melalui penyelidikan yang bukan hanya tertumpu dalam dunia teori di dewan-dewan kuliah. 

“Pelajar adalah berpotensi untuk mengaplikasi ilmunya apabila digunakan sebaik mungkin dan ini adalah salah satu skop diantara skop-skop yang lain.”

Melalui penyelidikan tersebut, para pelajar dapat memahami dan mengaplikasi diri mereka terhadap dunia sebenar pemasaran. Para pelajar juga didedahkan dengan teknik dan aturan pengiraan dan pengumpulan maklumat secara bersistem apabila menggunakan sepenuhnya aplikasi teknologi.  

Penyelidikan itu juga disertai seramai 100 orang pelajar tahun akhir Pemasaran Antarabangsa universiti berkenaan.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.