sumber: http://muridkyai.blogspot.com
Pernah timbul perbincangan di kalangan sekelompok kami tentang keharusan menukarkan wang zakat kepada barangan. Persoalan ini menjadi kemusykilan kerana wang zakat itu mungkin disalahgunakan. Umpamanya murid-murid sekolah, kalau diberi wang, mereka mungkin joli sahaja. Beli handphone baru kemudian menimbulkan masalah pula kepada para guru dengan penyalahgunaannya. Yang dewasa pun mungkin berbuat hal yang sama. Golongan faqir miskin bukan semuanya baik dan kuat iman. Bagaimana kalau wang zakat itu digunakan buat menikam nombor ekor, beli arak, beli rokok atau beli peralatan hiburan yang tidak membantunya dalam agama? Apakah kita harus memberi wang kepadanya jika kita pasti atau hampir pasti bahawa wang tersebut akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang haram?
Pada dasarnya, zakat hendaklah dikeluarkan mengikut harta zakat. Jika harta zakat itu padi, maka padilah. Jika kambing, maka kambinglah. Kecuali zakat perniagaan, ia boleh dikeluarkan dalam bentuk matawang.
Pertamanya, kita lihat dulu pendapat ulama tentang keharusan menukarkan zakat kepada nilai. Terdapat khilaf pandangan dalam soal ini di kalangan ulama.
1) Jumhur ulama berpandangan bahawa tidak harus menukarkan zakat kepada nilai. Ini kerana, zakat merupakan ibadah dan ibadah hendaklah dilakukan sebagaimana yang diperintahkan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah dan disahehkan oleh Al-Hakim, nabi SAW menyebutkan :"Ambillah bijian daripada bijian, kambing daripada kambing, unta daripada unta dan lembu daripada lembu".
2) Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Bukhari, Asyhab dan Ibn Al-Qasim (dalam satu riwayat), adalah harus mengeluarkan zakat dengan nilai. Ini berdalilkan apa yang dikatakan oleh Mu'az bin Jabal kepada penduduk Yaman:
ائتونى بعرَض: ثياب، خميص أو لبيس ، في الصدقة مكان الشعير والذرة، أهون عليكم وخير لأصحاب النبي صلى الله عليه وسلم بالمدينة
"Bawakan kepadaku pakaian, khamis atau labis (jenis-jenis pakaian) ketika mengeluarkan zakat ganti daripada gandum atau bijian, ia lebih mudah buat kamu dan lebih bermanfaat buat penduduk Madinah".
Nabi SAW mengakui bahawa Muaz bin Jabal adalah sahabatnya yang paling tahu halal dan haram.
3) Menurut Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, menukarkan zakat kepada nilai tanpa hajat adalah dilarang. Jika ada hajat dan keperluan buat penerima zakat tersebut, maka ia dibenarkan. Pendapat ini juga disokong oleh As-Saukani.
Pada hari ini, selaras dengan keperluan moden, ummat Islam di mana-mana lebih selesa mengeluarkan zakat dengan nilai. Di rantau Asia Tenggara yang dikatakan kuat berpegang dengan mazhab Syafie, amalan mengeluarkan zakat telah dilaksanakan dalam bentuk nilai. Zakat fitrah yang seharusnya dikeluarkan dalam bentuk makanan asasi penduduk negeri, telah dikeluarkan dalam bentuk nilai. Di Malaysia, sudah diamalkan secara meluas bayaran zakat dibuat dalam bentuk nilai matawang. Disabah untuk tahun ini ialah RM6.80.
Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah atau pendapat Syeikhul Islam, Ibn Taimiyyah yang membenarkannya dengan sebab dan maslahah.
Siapa yang mendakwa dia bermazhab syafie, silalah keluarkan dalam dengan beras iaitu segantang Baghdad. Orang Melayu hitung sebagai 4 cupak. Untuk mereka yang bertegas mengatakan "aku bermazhab Syafie" hendaklah mengeluarkan zakat fitrah dengan 4 cupak beras.
Jika zakat yang asal dalam bentuk harta hendak ditukarkan kepada nilai matawang tidak disepakati ulama tentang keharusannya maka demikianlah pula apabila nilai matawang itu hendak ditukarkan kepada harta lain yang sama nilai dengan nilai matawang itu.
Ulama-ulama Arab Saudi seperti Bin Baz dan Syeikh Uthaimin menfatwakan bahawa tidak harus menukarkan zakat fitrah kepada nilai kerana zakat adalah persoalan ibadah yang perlu dilaksanakan sebagaimana ia diperintahkan.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengulas dalam bukunya Fiqh Zakat dengan mengemukakan hujah-hujah yang mewajarkan zakat dalam bentuk matawang adalah lebih lebih memenuhi makna di sebalik zakat itu. Menurutnya, pandangan yang rigid meletakkan zakat hedaklah dikeluarkan dalam bentuk makanan asasi (bagi zakat fitrah) atau dalam bentuk harta yang seumpamanya bagi zakat harta adalah pandangan yang sesuai dengan struktur masyarakat masa lampau yang corak kehidupannya jauh berbeza dengan corak kehidupan masa kini.
Di sebuah bandar yang punya jutaan penduduk, mengatakan mereka semua wajib mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk bijirin adalah adalah luar biasa. Betapa kelak akan berlaku pembaziran dan dan bijian itu luput tempoh gunanya atau dirosakkan oleh makhluk perosak

Justeru, pandangan Ibn Taimiyyah adalah pandangan pertengahan yang paling sesuai dipraktikkan. Jika ada keperluan, maka menukarkan matawang kepada benda adalah dibenarkan. Ia lebih mudah untuk pengeluar zakat dan lebih bermanfaat untuk mereka yang menerimanya.
0 ulasan:
Post a Comment