17 July, 2012

PAS Batu Sapi anjur Pemeriksaan Kesihatan

Share
sumber: sabahkita.net

BATU SAPI : Rakyat di Kg Gas dekat sini menyambut baik Pemeriksaan Kesihatan yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Batu Sapi baru-baru ini. Program yang dirancang untuk diadakan di Dewan Serbaguna pada awalnya itu terpaksa diadakan di rumah salah seorang penyokong PAS di sini.

“Penduduk kampung amat teruja apabila kita adakan program seumpama ini memandangkan ianya amat jarang diadakan. Mereka juga tidak takut untuk dekati kita walaupun mereka tahu bahawa kita daripada parti pembangkang,” kata Haji Hamzah Abdullah, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi ketika diminta mengulas tentang program ini.

“Di Batu Sapi, orang kampung sudah tidak fobia dengan PAS. Sebab itulah, jika kita adakan program, pasti orang kampung akan menyokong kita. Buktinya hari ini, walaupun kita tidak ada tempat program pada awalnya kerana masalah teknikal tapi orang kampung datang tawarkan rumahnya untuk dijadikan tapak program,” tambah Haji Hamzah lagi.

Pemeriksaan Kesihatan oleh 3 orang doktor tersebut telah menarik penyertaan yang menggalakkan daripada penduduk kampung. Pesakit yang hadir terdiri daripada kaum ibu dan kaum bapa tidak ketinggalan juga kanak-kanak. Beberapa pesakit yang ditemui memuji usaha yang dilakukan oleh PAS ini bagi membatu masyarakat yang memerlukan. Mereka mengalu-alukan kehadiran PAS ke kampung mereka seberapa kerap yang boleh.

Terdahulu sebelum program tersebut bermula, rombongan PAS Kawasan Batu Sapi sempat menziarahi keluarga penduduk kampung yang meninggal dunia hari itu. Bantuan disampaikan bagi meringankan beban keluarga almarhum.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.