15 January, 2012

Kg. Gentisan 2, Lima Buah Rumah Hangus Dijilat Api [Video]

Share
detik-detik cemas yang sempat dirakam oleh ahli SBS
14 JANUARI 2012 : Lima buah rumah di Kg. Gentisan Dua hangus dijilat api. Api mulai marak kira-kira jam 4.30 pagi di dapur salah sebuah rumah. Penduduk kampung juga bertindak untuk mendapatkan bantuan daripada Bomba daripada pangkalan TLDM Sepanggar sementara menunggu pasukan bomba dari Balai Bomba Jalan Lintas. Penduduk cuba mencegah api merebak dengan cepat dengan menggunakan air laut, namun api merebak dengan lebih cepat disebabkan rumah yang diperbuat daripada papan.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang kemalangan nyawa dilaporkan. Kebakaran ini merupakan yang pertama kali di kampung ini dan yang paling teruk kerana membabitkan lima buah keluarga sekaligus. Punca kebakaran masih dalam siasatan. Antara mangsa yang terlibat ialah Rasidah Binti Juan, Razali Bin Juan, Rosni Binti Juan, Jabir Bin Jarail dan Mohammad Ahmdi Bin Abidin. Diharap mangsa yang terlibat diberikan ketabahan untuk menerima ujian.

usaha memadam api oleh penduduk menemui jalan buntu
(gambar oleh Nain Arin)

Lima buah rumah hangus dijilat api

anggota bomba selesai memadamkan api
petang 14 januari 2012

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.