06 September, 2010

Kerana Kejahilan Media

Share

sumber: http://almuslim-alharaki.blogspot.com

Alhamdulillah… TV3 telah menarik balik ‘Iklan Syirik’ yang telah diperkenalkan oleh mereka sendiri yang bermotifkan memperkenalkan slogan ‘1 Malaysia’. Di mana ‘Iklan Syirik’ tersebut cuba untuk menggabungkan Islam dan Kristian.



Kerana kejahilan mereka, mereka telah memperkenalkan ‘Iklan Syirik’ sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk menggambarkan perpaduan yang berbilang agama di dalam Negara Malaysia ini.

Bagi saya, punca hal yang demikian berlaku adalah disebabkan oleh kejahilan pihakTV3 yang mengiklankan sesuatu tanpa pengkajian melalui agama.

Selain itu, pihak JAKIM sendiri yang tidak memantau iklan-iklan yang disiarkan oleh pihak TV3.

Oleh itu, pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah sedemikian berulang semula.

Pihak kerajaan perlu menghidupkan kuliah-kuliah agama di setiap surau dan masjid di seluruh Malaysia walaupun si penyampai ceramah adalah orang yang terlibat di dalam dunia politik, asalkan ilmu yang disampaikan oleh mereka adalah sahih. Contohnya, Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Harun Din, Tuan Guru Dato’ Abdul Hadi Awang dan banyak lagi. Hal ini kerana mereka adalah ulama yang diiktiraf oleh dunia. Kita perlu memanfaatkan ilmu yang mereka miliki.

Sabda Rasulullah SAW :

Ulama adalah pewaris nabi. Mereka tidak mewariskan dinar dan dirham. Barangsiapa mengambil sebahagian daripada mereka, maka mereka (orang yang mengambil ilmu daripada ulama) mengambil bahagian yang besar”. (Auqa maqqal).

Wallahu’alam…

TAKBIR!!!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.