sumber: http://masdarwahid.blogspot.com
BETULKAH MUSA AMAN MENGHINA PARTI LDP DI SABAH!!??
Saya telah berjanji untuk mendapatkan pandangan LDP. Kali ini saya berikan versi LDP daripada kenyataan YB Datuk Teo Chee Kang, ADUN Tanjung Kapor, Ahli Majlis Tertinggi LDP yang turut hadir dalam mesyuarat BN pada 24 Ogos 2010 lalu.
Menurut Teo, parti LDP tidak membangkitkan isu patung dewa Mazu.
Apa yang dibangkitkan wakil LDP dalam mesyuarat BN itu ialah berkenaan projek pembangunan di Sabah secara umum yang perlu mendapat kelulusan awal daripada Lembaga Pusat, Central Board (CB)*.
Isu tersebut menurut LDP melibatkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah.
Sebelum April 2008, semua pembangunan tidak perlu dapat kelulusan CB kecuali membabitkan perubahan zoning.
Hari ini semua projek pembangunan, sedang atau telah siap, termasuk pembinaan rumah di tanah persendirian perlu kelulusan CB.
Dalam hujah pembelaan, ketika perbicaraan kes Mazu di mahkamah tinggi, kerajaan negeri jadikan alasan kegagalan mendapat kelulusan awal CB sebagai hujah membatalkan pembinaan patung dewa di Kudat.
Dalam hubungan itu, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, yang tahu hubungan kes Mazu dengan isu yang dibangkitkan, secara tiba-tiba mengarahkan wakil LDP Datuk Chin Su Phin berhenti bercakap.
Parti LDP menganggap perbuatan Musa Aman tidak wajar kerana tidak menghormati pandangan dan kedudukan LDP sebagai anggota komponen BN negeri.
LDP sesungguhnya menganggap tindakan Musa Aman sebagai satu penghinaan kepada pemimpin LDP terutama bila satu lagi isu yang dibangkitkan Datuk Teo juga tidak dibenarkan untuk dibincangkan. Musa anggap isu yang dibawa Teo merupakan isu tempatan bukan isu negeri dan rakyat Sabah secara umum.
ADUN Tanjung Kapor itu membawa isu pemecatan 8 Ketua Kampong (KK) oleh Ketua Daerah Kudat (dipil;ih UMNO) tanpa merujuk kepadanya sebagai wakil rakyat.
Secara praktisnya, perlantikan dan pemecatan jawatan KK adalah bidang kuasa wakil rakyat kecuali wakil rakyat dari parti pembangkang.
Teo berhujah, isu yang dibangkit bukan isu tempatan kerana fenomena itu berlaku ditempat-tempat lain membabitkan semua wakil rakyat di seluruh Sabah terutama YB dari parti komponen BN.
Teo juga dedahkan dengan bukti CD kejadian "tikam belakang" oleh Ketua Daerah Kudat (UMNO) yang sabotaj LDP pada pilihan raya 2008.
Kedua-dua isu itu pada pandangan LDP adalah isu yang membabitkan kepentingan rakyat Sabah kerana ianya berlaku bukan sahaja terjadi di Kudat tetapi di lain-lain kawasan.
Perbuatan Musa Aman menolak dan menempelak pemimpin LDP dalam mesyuarat BN amatlah tidak wajar pada pandangan LDP.
Maka itu, menurut Teo, ada kewajarannya Timbalan Presiden LDP mengeluarkan kenyataan parti itu enggan berkerjasama dengan Datuk Seri Musa Aman.
Kenyataan itu mendapat sokongan sepenuhnya daripada pucuk pimpinan LDP negeri Sabah.
* Ahli-ahli Central Board terdiri dari wakil-wakil dari JKR, Jabatan Tanah, dan jabatan-jabatan berkenaan yang dipengerusi pegawai kanan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
PARTI LDP CABAR MUSA AMAN??!! Friday, August 27, 2010
Semalam rakan-rakan minta saya komen kenyataan akhbar menggemparkan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokrat (LDP) yang disiarkan dalam sebuah akhbar di Kota Kinabalu (Khamis). Dalam kenyataannya, Datuk Chin Su Phin berkata, ia sanggup berkerjasama dengan Umno tetapi tidak dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Umum melihat kenyataan akhbar Timbalan Presiden LDP itu sebagai kenyataan yang mencabar kewibawaan Ketua Menteri Sabah, atau ayat politiknya, “menempelak” pengerusi BN Sabah!! Chin Su Phin menegaskan, parti LDP tidak bermasalah dengan UMNO dan pimpinan negara, katanya,“Kami juga menyokong penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan visi 1Malaysianya”.
Apakah punca sebenar sehingga tercetusnya perang terbuka antara LDP dengan Musa Aman?
Apakah impak politiknya kepada BN Sabah yang dianggap sebagai fixed deposit dalam PRU akan datang?
Pada mulanya saya enggan memberi sebarang ulasan kerana saya tidak tahu apakah isu yang mencetuskan kenyataan akhbar itu.
Sudah tentu saya bersikap tidak adil kepada pihak yang terlibat jika saya menulis berdasarkan andaian semata-mata walaupun saya tahu latar belakang persengkitaan antara bekas Presiden LDP Tan Sri Chong Kah Kiat dengan Musa Aman berhubung dengan isu Mazu.
Pada saya, tidak mungkin isu Mazu menjadi punca pertelingkahan kali ini. Saya jangkakan ada isu lain yang lebih mustahak.
Barangkali ada isu yang mendesak dan membabitkan kepentingan rakyat Sabah sehingga tercetusnya kenyataan sedemekian. Tak mungkin isu Mazu lagi kerana TS Chong Kah Kiat telah bersara! Dalam masa yang sama mahkamah telah membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan negeri Sabah.
Secara kebetulan malam ini saya berpeluang mendapat cerita sebenar daripada Datuk Rahman Dahlan, MP Kota Belud yang juga Setiusaha Barisan Nasional negeri Sabah.
Saya baru balik dari Chow Kit. Pada ketika itu Rahman, Azman (Ketua Pemuda UMNO Sabah) dan Mohd Joh (KP UMNO Sepanggar) sedang minum di coffe house.
Di sebelah kawasan tidak merokok, kelihatan Datuk Musa Aman, Tan Sri Bernard Dompok dan beberapa orang lagi. Awal tadi, Musa host majlis berbuka puasa dengan pelajar-pelajar Sabah anjuran Yayasan Sabah.
“Okay, you can quote me on this” Kata Rahman, bila saya tanya mengenai kenyataan akhbar LDP. Menurutnya, LDP tidak diwakili Presidennya Datuk V.K Liew tetapi parti itu menghantar tiga wakil yang diketua Datuk Chin Su Phin.
"Mungkinkah ini pandangan peribadi Datuk Chin bukan LDP kerana V. K Liew berada di luar negara?" Saya minta kepastian.
Menurut Rahman, dalam kenyataan akhbarnya, Timbalan Presiden itu berkata, mereka akan memaklumkan kepada Presiden LDP
“Mesyuarat BN Selasa lepas diadakan atas desakan parti-parti komponen BN berhubung dengan beberapa isu mendesak seperti isu PTI, isu pembahagian jawatan dan beberapa isu lain.
Walaupun bulan puasa, kita adakan juga sebagai menghormati rakan-rakan kita dalam BN.”
Menurut Rahman, Datuk Musa berucap pendek sahaja, barangkali dua minit dengan mengalu-alu kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin BN Sabah. Beliau kemudiannya menjemput setiap ketua-ketua parti memberi pandangan.
“Datuk Chin Su Phin adalah orang pertama yang bercakap dan membangkitkan isu Dewa Mazu. Datuk Musa beritahu Chin, dia boleh berdebat mengenai isu Mazu tetapi mesyuarat BN kali ini bukan secara khusus membincang isu tersebut kerana banyak isu-isu lain yang lebih penting dan meminta Chin jangan memanjangkan isu berkenaan. Bagaimanapun pemimpin LDP itu tetap berdegil dan terus juga bangkitkannya .” Jelas Rahman.
Pada satu ketika, Datuk Musa Aman meminta pandangan pemimpin BN lain samada isu tersebut perlu dibincang atau tidak.
Majoriti setuju agar isu Mazu yang dianggap “selesai” tidak dibincang dalam mesyuarat BN kerana masing-masing membawa isu yang perlu ditangani dalam mesyuarat kali ini.
Malangnya, menurut Rahman, pemimpin LDP itu tidak berpuas hati dan meninggalkan mesyuarat sewaktu Musa Aman mengadakan sidang akhbar.
Saya akan meminta pandangan Datuk Chin Phin selepas ini. Selamat Berpuasa.
Oleh Musli Oli

0 ulasan:
Post a Comment