sumber : http://ikhwannain.blogspot.com
Sudah menjadi tradisi di kampung ku, Gentisan 2 ataupun lebih dikenali dengan nama Wak-wak setiap kali Ramadhan pasti ada majlis more. Itu kalau ikut bahasa luar, tapi kalau orang kampung di sini cakap Idar, sebab majlis ni mengikut giliran mereka yang menyertainya.
Selesai sahaja solat sunnat Tarawih semua yang berkunjung akan duduk beramai-ramai menikmati juadah yang disediakan. Tidak kira apa jenis hidangan pastinya diterima dengan baik, begitulah suasana di sini. Bagi kanak-kanak kecil inilah yang menghidupkan suasan Ramadhan bagi mereka. Ini mengingatkan aku masa dulu, makan itu menjadi agenda utama. Lepas tu main mercun ataupun meriam buluh... Hehe.. Namun, sekarang sudah berubah. Yang kedengaran hanya bunyi mercun sahaja, meriam buluh sudah lusuh ditelan masa.
Berbalik kepada more, inilah menjadi pengikat silaturahim antara penduduk kampung ini. Melalui ini yang jauh dapat didekatkan dan yang dekat dapat dirapatkan manakala kanak-kanak pula saling berkenalan, walaupun mereka tidak mengerti apa itu Ramadhan, Insya'Allah suasana sebegini akan menjadi pengikat hati-hati bagi mencintai Ramadhan.
Di sini sedikit tatapan gambar pada malam ke-7 Ramadhan.
Selamat Berpuasa & Selamat Menikmati Ibadah...
0 ulasan:
Post a Comment