15 August, 2010

Puteri UMNO Sabah menjalankan kempen di Politeknik Kota Kinabalu

Share
Sumber: http://almuslim-alharaki.blogspot.com/

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Tidak lagi Tuhan melainkan Dia. Yang menciptakan langit dan bumi dan seluruh makhlukNya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulullah SAW dan seluruh keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Begitu juga kepada orang-orang yang tetap di dalam memperjuangkan Islam walaupun menerima ibtila daripada musuh yang jahil dan fasiq.

Pada penulisan kali ini, saya ingin membawakan satu isu penting yang telah berlaku dan perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

Pada petang 14.08.2010 (Sabtu), Puteri UMNO Negeri Sabah telah menjalankan kempen di dalam kampus iaitu di dalam Politeknik Kota Kinabalu. Hal ini adalah bersalahan dengan Akta 174 di mana tidak membenarkan pelajar untuk melibatkan diri di dalam politik kepartian.

Mengapa saya katakan bahawa Puteri UMNO menjalankan kempen di Politeknik KK adalah kerana melabelkan pelekat identiti kepartian mereka pada bekas makanan yang mereka berikan. Cuba lihat gambar di bawah ini :


Cuba perhatikan, terdapat logo UMNO dan nama program mereka (Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah).


Ini pula pelekat yang di atas yang saya scan.



Rombongan Puteri UMNO selepas memberikan makanan untuk berbuka puasa kepada pelajar Islam. (Tempat : Depan Pusat Islam Politeknik KK). Dua buah kenderaan putih di atas adalah kenderaan mereka dan wanita yang berpakaian merah jambu adalah Puteri UMNO Negeri Sabah.

Saya sebagai pelajar, secara peribadinya menerima baik pemberian makanan mereka kepada pelajar Islam untuk berbuka puasa.

Namun yang demikian, amatlah buruk kedatangan mereka apabila mereka menjalankan kempen kepartian mereka di dalam Politeknik KK. Walhal mereka sendiri yang mengadakan undang-undang akta 174 yang tidak membenarkan pelajar berpolitik kepartian ketika berada di dalam kampus.

Pihak pentadbiran Politeknik perlu memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah ini.

Perbuatan Puteri UMNO ini menunjukkan bahawa mereka adalah sebuah parti yang tidak telus di dalam menjalankan pemerintahan di negara ini.

Saya berharap tidak berlaku lagi perkara sedemikian dan sekiranya hendak menjalankan kempen di mana-mana kampus selepas ini, UMNO perlu menghapuskan Akta 174 yang tidak membenarkan pelajar terlibat di dalam politik kepartian sekiranya mereka telus dan adil.

Bagi saya, apabila Akta ini dihapuskan, menunjukkan bahawa UMNO tidak menyekat kebebasan bersuara bagi siswa dan siswi.

Wallahu'alam.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.