sumber: http://iskhandarzulkarnain.blogspot.com
INDAH PERMAI, 18 Ogos 2010 : Sempena Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini, Krew DPPKS (Dewan Pemuda PAS Sepanggar) bersama dengan Jabatan Amal Negeri Sabah telah membuat sedikit kebajikan dengan memasak dan mengedarkan bubur lambuk percuma, ataupun nama panggilannya "Bubur Lambuk Pemuda" yang diedarkan di sini kelmarin.
Bantuan mengagihkan bubur lambuk percuma mendapat perhatian rakyat jelata di sekitar kawasan Sepanggar ini, yang mana mereka berpusu-pusu untuk mendapatkannya, tidak mengira usia dan keupayaan, Alhamdulillah agihan bubur lambuk pemuda ini dapat diagihkan kepada semua peringkat umur.
Turut sama-sama mengagihkan bubur lambuk, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Encik Lahirul Latigu yang bersama-sama bergerak kerja dengan krew bubur lambuk ini. Lapisan masyarakat yang hadir juga memperlihatkan rasa gembira mereka apabila berjaya mendapatkan bubur lambuk percuma ini.
"Terima kasih kepada semua krew memasak bubur lambuk, samada yang terlibat secara langsung mahupun tidak, semoga semua amalan ibadah kita diterima oleh Allah SWT kelak, yang bakal menjadi rentetan pahala dan ganjaran di akhirat kelak" Ucapan daripada salah seorang krew yang bertugas setelah selesai membantu mengagihkan bubur lambuk tersebut
0 ulasan:
Post a Comment