25 July, 2010

Tips kebahagiaan Rumahtangga/Pelbagai Karenah Manusia

Share
Sumber: http://telukvila.blogspot.com/


Apabila berada dalam dunia perubatan ni, macam2 karenah manusia yang bermasalah. Kekadang membuatkan aku termenung sejenak. Yang jelas ujian Allah berikan kepada manusia terlalu pelbagai....jelasnya setiap ujian yang Allah berikan kepada manusia mengikut tahap dan keimanan masing2 yang semestinya ia mampu hadapi..cuma Allah mahu uji sejauh mana kamu mampu bertahan dan bersabar dengan ujian Allah. Sebab itu Nabi mengajar kita, perbayakkan solat sunat taubat dan sunat hajat.

Solat Sunat Taubat, mohon taubat dengan Allh kerana ujian yang Allah beri pasti ada sebabnya.

Solat Sunat Hajat mohon kepada Allah hajat kita dan sertakan sekali niat kita untuk tolak bala.

Mudahan2 dengan kekuatan 2 solat sunat ini memberikan kita kekuatan.


Dalam sebulan 2 ini, datang kes masalah rumah tangga, suami ada perempuan lain, suami tak balik rumah dan macam2 lah masalah suami ni......Isteri yang datang ni kekadang tak lah mengatakan kelemahan dia atau masalah berpunca dari dia. Respon ku tentang ini...sepatutnya kena muhasabah diri dia dulu kenapa suami dia berlaku begitu....Memang tak nafi ada juga lelaki yang perangai berfoya2......Apapun nasihatku tentang ini jaga diri kita ( isteri ) terlebih dahulu...iseri kena layan/jaga dan bagi apa yang dia mahu secukupnya ( batin ) insya allah si suami tak main kayu 3. Apapun kita kena pasrah segala qada' dan qadar Allah...kita tak tahu yang mendatang.

Pening betul kepala nak selesaikan masalah rumahtangga orang ni.....

Pengikat kasih sayang rumahtangga : (Pesan Ustaz Hj Yussuf semasa aku form 3/4/5 di SMU Meheliah Geting )

1) Makan bersama ( biarlah air tangan isteri ) makan kat luar kekadang tu boleh lah

2) Solat berjemaah ( sekali sekala ajak suami solat kat umah ) suruh suami banyakkan solat berjemaah kat masjid/surau

3) Isteri perlu berhias terutama semasa suami pulang dari kerja

4) Isteri kena menawarkan diri untuk melakukan hubungan kelamin

5) Sentiasa bersalaman sewaktu pergi kerja dan pulang.

6) Isteri / suami makan atau minum bekas yang sama.

7) Kuatkan hati untuk bangun qiam bersama

Pesanan ini masih ku ingat sampai sekarang....syukran Ya ustaz....mudah-mudahan jadi iktibar atas perkongsian ini.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.