24 July, 2010

Nazri: Bukan Islam di Pulau Pinang, Wilayah juga boleh guna ‘Allah’

Share
Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com

TERKINI
KUALA LUMPUR, Jan 18 — Masyarakat bukan Islam di tiga negeri dan Wilayah Persekutuan kini boleh menggunakan kalimah “Allah”, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar).

Minggu lalu, beliau berkata kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak untuk merujuk Tuhan dalam bahasa kebangsaan.

Dengan itu mereka di Pulau Pinang dan Wilayah-wilayah Persekutuan juga boleh menggunakan kalimah “Allah” yang menjadi kontroversi sekarang.

Pendirian itu difahamkan berkaitan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

“Pada pandangan saya, keputusan mahkamah hanya efektif bagi Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang, bukan negeri-negeri lain yang ada undang-undang ini (enakmen),” kata beliau.

“Saya tidak fikir bahawa perlu diluluskan undang-undang (enakmen) di Sabah dan Sarawak. Saya merasakan ia menjadi budaya di sana tetapi berbeza di sini,” kata beliau merujuk kepada Semenanjung.

Setakat ini 10 negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan menguatkuasakan enakmen itu yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan secara bertulis atau lisan ungkapan dan perkataan yang dilarang. - M.insider

p/s: Ibrahim katak dgn parpukari tak nak buat demo ke?




Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.