sumber: http://ikhwannain.blogspot.com
Selepas penguatkuasaan kenaikan pemotongan subsidi pada 15 Julai 2010 yang lalu, ada yang mengeluh dan ‘meradang’ lebih-lebih mereka yang pro-rakyat. Keadaan harga barang pada masa ini cukup membimbangkan di mana beberapa siri kenaikan harga barang sebelum ini telah memberikan kesan yang amat jelas pada rakyat dan mencetuskan respon negatif kepada kerajaan.
Pada masa yang sama, kenaikan harga barang pada masa yang lalu masih lagi menghantui para pengguna. Contohnya adalah tidak berlaku penurunan harga barang yang setimpal sekalipun setelah berlaku penurunan harga minyak sebelum ini.
Manakala mekanisma Beras Nasional yang dikatakan sebagai beras subsidi masih gagal untuk dilaksanakan dengan berkesan. Hal ini boleh dilihat apabila harga beras subsidi ini ditinjau di kawasan perkampungan.
Walau bagaimanapun nyata ‘Barang Naik’ pada kali adalah merupakan sesuatu yang berperancangan bukan sahaja kepada ekonomi, tetapi kepada pengaruh politik BN. Di mana kenaikan ini RM 0.05 sen telah timbul walaupun pada hakikatnya bukanlah RM 0.05 pemotongan subsidi kerana tidak terhad kepada bahan api sahaja tetapi membabitkan keperluan harian lain seperti gula.
Bagi ‘mengurangkan kesan psikologi’ kepada pengguna selepas Barang Naik bertubi-tubi sekaligus mengimbangi pengaruh politiknya, maka BN telah mengarahkan pihak media tidak menggunakan perkataan ‘Barang Naik’ sebaliknya pelarasan harga. Walau bagaimanapun Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar media bukan 'lembu UMNO'.
Akhir sekali tentang pengurangan subsidi, penulis sendiri masih tidak dapat melihat dengan jelas perkara sebenarnya yang tersirat dalam hal ini. Namun yang pasti ini telah menimbulkan banyak keraguan di mana kenyataan yang Datuk Idris Jala bahawa Malaysia akan bankrap sekiranya tidak memansuhkan subsidi secara berperingkat telah disangkal oleh salah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO. Ketika ‘penarikan’ kenyataan itu berlaku, khabar yang mengatakan pemotongan subsidi adalah disebabkan budaya korupsi sedang bertiup kencang.
Ironinya pada hari ini telah berlakunya pengurangan subsidi sekali lagi dan spekulasi Malaysia Bankrap timbul kembali dengan ‘sayup-sayup’?
Ironinya pada hari ini telah berlakunya pengurangan subsidi sekali lagi dan spekulasi Malaysia Bankrap timbul kembali dengan ‘sayup-sayup’?
0 ulasan:
Post a Comment