14 June, 2010

Muktamar PAS ke 56: 6 usul diluluskan

Share
sumber: http://addini315.blogspot.com


6 usul tersebut ialah :



1.Usul pindaan perlembagaan.
2.Usul kedaulatan negara.
3.Usul memansuhkan judi sukan.
4.Usul pemerkasaan parti.
5.Usul Palestin.
6.Usul persediaan menghadapi PRU ke-13.

Jawatankuasa Kerja PAS pusat membentangkan dua usul iaitu usul pindaan perlembagaan dan usul kedaulatan negara, Pemuda PAS pusat (usul memansuhkan judi sukan), dewan muslimat PAS (usul Palestin), PAS kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam (usul persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13).


Usul jawatankuasa PAS Pusat :

1. Memansuhkan fasa 43 (5) iaitu bayaran RM5 untuk mendaftar sebagai ahli dewan.

2. Mengutuk tindakan kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Umno/BN yang menyerahkan blok L dan M kepada kerajaan Brunei yang mengandungi nilai minyak RM320 bilion.

3. Mengecam tindakan yang merugikan rakyat dan negara yang memberi hak milik tanah KTMB seluas 271 hektar di Tanjung Pagar, Bukit Timah dan Woodland kepada Singapura.

4.Mendesak perkara penting untuk rakyat dan negara perlu dibincang dalam parlimen bukan hanya dilulus oleh seorang perdana menteri sahaja yang berbincang.

5. Mendesak kerajaan memutuskan dengan segera kontrak dengan Apco demi keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh Israel.


Usul dewan Pemuda PAS :

1.Mendesak kerajaan memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.

2. Mendesak PAS memobilasi semua rakyat turun ke himpunan 100,000 mansuhkan judi bola pada 3 Julai depan. Usul dewan Ulamak ialah:

3.Memastikan dasar dan prinsip perjuangan PAS dipertahankan di samping mengukuhkan Pakatan Rakyat.


Usul dewan Muslimat PAS :

1. Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap tentera Israel yang melakukan serangan ganas ke atas misi kemanusiaan Gaza.

2. Berdiri teguh dan menyokong penuh di belakang wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan keadilan yang telah diceroboh oleh Israel dengan siap siaga membantu mereka dari semua pihak termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke Gaza.

3. Menetapkan PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza mensasarkan misi 1,000 armada bantuan pada satu-satu masa.

4.Mendesak kerajaan melaksanakan ketetapan usul yang yang dibentangkan di parlimen pada 7 Jun yang berkaitan isu keganasan Israel.

5. Mendesak kerajaan mengiktiraf kemenangan Hamas sebagai kerajaan dan wakil yang sah.

6.Menggesa rakyat memboikot barangan Israel sebagai usaha melumpuhkan ekonomi negara
Israel.


Usul PAS Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam:

1. PAS memenangi seberapa banyak kerusi parlimen menggantikan kedudukan UMNO sebagai teras utama politik dengan membongkar kepalsuan perjuangan UMNO khususnya kepada pengundi Melayu di pedalaman.

2. PAS melalui jabatan pilihanraya PAS pusat merangka strategi gerak kerja pilihanraya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan jentera pilihanraya secara profesional dan menguruskan isu.

3. PAS pusat mencadangkan kepada majlis pimpinan Pakatan Rakyat bagi mewujudkan polisi pemilihan calon yang ketat, munasabah dan relevan bagi mengelakkan gejala lompat parti dan sekaligus mempamerkan wibawa serta keupayaan calon pada pandangan pengundi

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.