17 June, 2011

Aku.Hiburan.Konsert

Share
sumber: http://madi2mudamudi.blogspot.com


Sejak kebelakangan ini, nama UTP seringkali sahaja terpampang di dada-dada akhbar dek kerana beberapa isu yang kontroversi dan sensasi. Baru-baru ini, reputasi UTP sekali lagi disensasikan di sebuah akhbar harian berkenaan kebimbangan seorang ibu terhadap budaya hedonisme di UTP.

Bila membacanya, tetiba terasa macam artikel tue ditujukan khas buat aku. Bukan apa, sebab mungkin aku antara penyumbang kepada kebimbangan ibu tersebut. Manakan tidak, sebab aku pernah menjadi Project Manager untuk satu konsert iaitu Green Concert pada 5 Oktober 2010 yang lalu.
Masih ingat lagi masa tue, bayangkan dalam masa sebulan, ada tiga (3) konsert iaitu Green Concert, Music Pursuit dan konsert di Pesta Konvo. Artis yang dibawa masuk bukannya calang-calang, Green Concert menampilkan Nash Lefthanded, Music Pursuit menyajikan Azlan & The Typewriter dan Pesta Konvo pula menjanjikan Hattan dan Zamani.

Bulan tue UTP memang dah jadi sarang artis dah. Namun, salute juga perlu diberikan kepada Rakan Masjid (RM) kerana mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan mata ke mata dan hati ke hati menyampaikan kebimbangan mereka tentang pembiakan konsert pada bulan tersebut. Aku juga terkesan apabila RM mengeluarkan artikel tentang hedonism melalui lidah rasminya Kalam MT yang diedarkan setiap selepas solat jumaat setiap minggu.

Namun, penulisan nie bukanlah nak menuduh atau menuding mana-mana pihak, cuma aku ingin berkongsi ikhlas, janganlah menghukum sesuatu hanya kepada nama semata, bukan kerana namanya konsert, maka ianya melalaikan, tetapi yang paling penting macammana ianya dilaksanakan. Aku masih ingat satu khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Dawi (Imam 1 Masjid An-Nur,UTP), dia pernah pesan, jangan hukum pada nama semata-mata, sebab sekarang Zina dan Persetubuhan Haram itu dianggap tidak sama, arak dan minuman beralkohol itu disangka berbeza, judi dan loteri itu disabitkan dua benda yang berlainan. Padahal ianya sama sahaja, HARAM.

Aku ingin berkongsi sedikit kelainan yang aku cuba tonjolkan dalam Green Concert:

  1. Pengasingan tempat duduk antara lelaki, perempuan dan keluarga.
  2. Konsert yang bertemakan Kehijauan, alam dan kemanusiaan.
  3. Gabungan Nasyid, Band, teatre, dan koir.
  4. Tiada vokalis perempuan.
  5. Konsert tamat tidak terlalu lewat malam, sekitar 10.30pm.
  6. Penampilan artis yang menutup aurat dan sopan.
  7. Pergerakan penonton yang terkawal.
Dan itu adalah antara kelainan yang telah diadaptasikan dalam Green Concert. Alhamdulillah, walaupun begitu, kehadiran penonton yang Fullhouse lebih kurang 2,300 penonton dari pelbagai latarbelakang dan usia telah memberikan sokongan kepada konsert ini.

Dan aku juga berterima kasih kepada Rector UTP kerana sudi turun padang bersama menyokong konsert ini, dan di akhir konsert tersebut sebelum balik, simple words daripada beliau yang menggambarkan konsert ini ialah 'Simple & Nice.'

'Carilah hiburan yang tidak melalaikan'

-Tamat-

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.