Puteri Islam... Islamkah Puteri-puteri kita? atau hanya pada nama? Aku bersyukur walaupun hanya menjadi pembantu guru penasihat Puteri Islam di sekolah. Melaluinya, aku dapat mendekati puteri dan srikandi Islam di sekolah yang masih belum faham akan hakikat seorang pria Muslimah yang sebenar. Penampilan, penjagaan diri, ciri-ciri, mengapa perlu di jaga? dan sebagainya. Ada orang berkata, ianya remeh, lembik dan terlalu asas. Sedangkan dalam Islam sendiri sangat mengambil berat soal yang remeh temeh, kecil dan asas ini hingga timbulnya Ihsan.
Masih ingatkah kita bahawa agama terbentuk daripada 3 unsur atau cabang iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Rukun Iman mendidik keyakinan kita terhadap 6 perkara asas, rukun Islam pula menekankan 5 syariat yang wajib diikut dan diamalkan, manakala Ihsan menuntut keikhlasan dan ketulusan hati dalam menyempurnakan Rukun Iman dan Islam dalam amalan hidup seorang manusia yang bergelar Islam.
Ianya termasuk dalam rukun iaitu wajib dilakukan; Iman : Keyakinan hati ; Islam : Kepatuhan anggota lahir ; dan Ihsan pula adalah keindahan akhlak dan ketinggian budi. Ianya perlu duduk di dalam satu acuan bagi menjamin kualiti yang sempurna dan terbaik seorang manusia atau lebih khusus kepada Muslimah sejati.
Jika mereka hanya percaya (beriman) sahaja, ia tidak mencukupi sekiranya tidak ada pengamalan syariat Islam. Namun sekiranya mereka beriman iaitu yakin dengan agama Allah, dan mengamalkan segala syariat yang terkandung di dalam rukun Islam, mereka juga masih belum dikira muslimah solehah atau layak memikul gelaran dan tanggungjawab mujahidah Islam tanpa hati yang tulus Ikhlas yang mengharap Cinta dan redhaNya dalam segala perbuatan dan amalan sehariannya. Andai Iman dan Islamnya dinodai rasa riak, ujub, angkuh dan tamak maka habis segala kecantikannya, hilang bauan harum darinya. Apa yang tinggal hanya kecantikan luaran, namun suram dan berulat di dalamnya.
Maka, Ihsan inilah yang mahu dirawat. Ihsan inilah yang perlu di serlahkan agar puteri-puteri ini hidup subur, kembang mekar mewangi ibarat muslimah solehah yang mengembangkan kelopak wardahnya cantik dipandang, menarik sesiapa saja mendekatinya melalui haruman ikhlas dan ketulusan hatinya dalam setiap amal perbuatannya. Namun, kecantikannya tidak mudah dimusnah atau di sentuh sesuka hati lantaran duri-duri iman yang sentiasa men'jaga'nya walau di manapun ia ditempatkan.
Wahai puteriku...Aku mengerti kepayahan dan ketidakselesaanmu mengamalkan segala ajaran Tuhan Yang Maha Agung ini lantaran keperitan latar belakang hidupmu dan suasana yang membelenggu hidup masyarakat di sekelilingmu, namun aku yakin, Allah tidak akan begitu kejam membiarkanmu begitu sahaja tanpa panduanNya. Aku yakin, suatu hari Dia akan mendengar rintihanmu juga rintihan hatiku yang sentiasa mengharapkan perubahan-perubahan kecil dalam dirimu akan dapat menjadikan dirimu seorang muslimah bahkan mujahidah Islam yang bakal memimpin masyarakat disekelilingmu untuk menggunakan acuan Iman, Islam dan Ihsan yang sempurna dalam kehidupan mereka. Insya-Allah...
Maka aku hanya percaya dan berpegang 100% pada Kata-KataNya yang tidak pernah palsu dan sentiasa benar di dalam FirmanNya yang bermaksud ;
"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat ihsan." [An-Nahl : 128]
Dan firman Allah Ta’ala lagi di dalam surah Asy-Syu'araa ayat 217 - 220 yang bermaksud :
"Dan bertakwallah kepada (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. Yang melihatmu ketika kamu berdiri (untuk shalat) dan (melihat) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Jika kau bertanya pada aku wahai puteri sekalian, aku akan berusaha menyedarkan mu walau apapun tohmahan dan kata-kata kejian yang aku terima. Aku Redha. Dia menunjukkan sifat Rahmah dan RahimNya melalui ujian-ujian yang diberikannya padaku... Aku harap dan doakan agar Dia akan membukakan pintu hati kalian untuk kembali padaNya walau dalam keadaan dan apa cara sekalipun. Hanya Dia yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kamu. Moga Allah tetapkan hati-hati kamu dalam Iman, Islam dan Ihsan kepadaNya...Amin Ya Rabb....

0 ulasan:
Post a Comment