27 April, 2010

Faktor kekalahan PR di Hulu Selangor

Share
Sumber : http://greensaff.blogspot.com

Kekalahan PR pada pilihanraya ini adalah disebabkan beberapa faktor. Walaupun terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kepada kekalahan ini, namun saya memilih untuk mengulas lima faktor ini sahaja.

1.Felda

Ini merupakan antara faktor utama kekalahan PR kepada BN pada PRK kali ini. Seperti yang kita sudah sedia maklum, kawasan felda yang merupakan kawasan Melayu adalah kubu kuat UMNO. PKR banyak kalah dengan undi Melayu.

PR masih gagal untuk mengimbangi BN di kawasan felda. Jika diperhatikan, jentera BN memang berkubu di kawasan felda dari awal hinggalah habis kempen. Mereka jaga felda ini sebaik mungkon dariapada dimasuki PR. Banyak aktiviti kempen mereka berlegar di kawasan felda.

Kelewatan PR memasuki felda melalui ANAK untuk menjanjikan pembelaan warga felda dilihat gagal menarik warga setempat. Nik Aziz, Khalid Ibrahim dan Anwar sendiri mengepalai jentera PR untuk menggempur felda pada satu majlis anjuran ANAK bersama generasi felda. Namun mereka sedikit terlewat. Mungkin kelewatan masuk itu sebahagian daripada strategi, namun ia strategi yang gagal.



ANAk cuba menembus dominasi BN di Felda

Kelawatan itu menyebabkan warga felda gagal menerima maklumat tentang apa yang diperjuangkan PR untuk warga felda. Hasilnya, PKR yang awalnya mendahului ketika undi dalam peti undi di kawasan Cina dikira, akhirnya tersungkur apabila peti undi di kawasan Melayu felda dibuka.

2. BN Tabur Wang

Kekalahan ini disebabkan jutaan ringgit telah dibelanjakan di Hulu Selangor terutama untuk warga Felda. Selain daripada peruntukan RM 32 juta untuk projek perumahan, BN telah menjanjikan RM90 juta untuk projek persimpangan bertingkat Sungai Buaya.


Najib di Felda sungai Buaya

Seramai 100 peneroka Felda Sungai Buaya juga telah dijanjikan RM50,000 sebagai pampasan tanah. Mereka telah diberikan RM1000 tunai.

Selain itu, empat buah sekolah turut dijanjikan termasuk 2 sekolah cina. Projek mengatasi masalah peparitan tidak ketinggalan daripada disuap BN kepada pengundi untuk memancing mereka. Itu belum dikira projek-pojek mi segera seperti turapan jalan, baiki rumah dan sebagainya.


Najib menghadiahkan basikal kepada anak warga Hulu Selangor

Ratusan juta ringgit yang melimpah ke Hulu Selangor ini sedikit sebanyak mengaburi mata rakyat. Pertimbangan yang dibuat pada hari mengundi banyak dipengaruhi oleh duit yang ditabur itu.

3.Isu kempen

Jika diperhatikan, BN seawal hari penamaan calon lagi menyerang PR dengan mencalar kredibiliti calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan isu arak. PR sejak itu berada di kedudukan defensif.

Peluru APCO yang digunakan PR untuk menyerang BN dilihat kurang berjaya menarik perhatian pengundi. Rata-rata pengundi kurang terkesan dengan isu tersebut walaupun isu ini dicanang pada setiap ceramah PR.

Pengakuan Zaid berkenaan arak juga mempengaruhi undi Melayu. Masyarakat Islam tidak boleh menerima amalan tersebut walaupun Zaid telah menyatakan beliau telahpun bertaubat daripada melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Walaupun BN mengurangkan penggunaan isu peribadi di pertengahan kempen (disebabkan bimbang akhlak mereka dikait sama) , namun rakyat telahpun terkesan dengan isu tersebut. Imej Zaid yang dilabel ’liberal’ juga membimbangkan pengundi Melayu.


Isu nasional PR yang banyak menggunakan dilihat kurang berjaya. Walaupun PRK ini merupakan kerusi Perlimen, namun isu tempatan seperti masalah penduduk felda, masalah perparitan, masalah jalan dan isu tanah peneroka dilihat lebih releven bagi masyarakat tempatan.

Berbanding dengan PRK sebelum ini, PR berada di kedudukan ofensif. Dan terbukti kedudukan ofensif ini berjaya memenangkan PR.

4.Faktor situasi semasa
Pilihanraya ini diadakan ketika PKR dirudum pelbagai masalah ahlinya yang melompat parti. Empat orang Ahli Parlimen mereka yang keluar parti dalam masa yang hampir sama telah memberi imej yang buruk kepada PKR selain daripada beberapa Adun mereka yang telah keluar sebelum itu.

Pada waktu hampir tiba pilihanraya, Adun Bakar Arang pula mengumumkan keluar parti. Selain itu, Bendahari PKR cabang Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat yang juga mencatat nama dalam senarai keluar parti. Rentetan situasi ini, satu tamparan hebat telah diberi kepada PKR. Selain daripada mempunyai nama besar di Hulu Selangor, Dr. Halili adalah merupakan doktor pribadi Anwar.


Dr. Halili mengumumkan masuk UMNO

Di samping itu, beberapa orang ahli parti yang keluar parti sewaktu kempen berlangsung juga (Pemuda selangor, Kelantan dan Wanita Perak) sedikit sebanyak memberi impak negatif. Walaupun rakyat mengetahui mereka ini mungkin dibeli, namun rakyat melihat PKR gagal dalam menjadikan ahli mereka yang mempunyai integriti dan kredibiliti.

Jadi, amat payah untuk rakyat memilih seorang wakil rakyat daripada parti yang sebegitu. Mereka tidak mahu wakil rakyat mereka mengulangi perkara yang telah dilakukan oleh MP-MP sebelum ini.

5.Jentera pilihanraya tidak padu seperti sebelum ini

Jentera yang padu sememangnya amat penting untuk melawan gerombolan BN yang serba-lengkap. BN turun menggunakan semua kekuatan yang ada. Dari pihak media, SPR, jabatan-jabatan kerajaan hinggalah kepada menteri-menteri kabinet dan Perdana Menteri mereka turun berkampung di Hulu Selangor.

Jadi, PR harus bersedia dengan jentera yang padu bagi mempertahan Hulu Selangor. Namun, apa yang dilihat adalah kurangnya kesepakatan dalam team PR.

Pada awalnya, PKR seakan ingin melakukan semua kerja menggempur Hulu Selangor secara bersendiri, kalau adapun, hanya sedikit yang diberi kepada Pas dan DAP. Semacam mereka tidak tahu, PKR tidak akan menang tanpa bantuan rakan-rakan PR.

PAS umpamanya, adalah amat berpengalaman dalam pilihanraya, serta mempunyai kekutatan ahli yang ramai serta rela berkorban demi jemaah. Namun, PAS hanya digunakan setelah serangan bertali arus BN tidak mampu disanggah PKR. Bila PKR lemah dek keluarnya Dr Halili dan macam-macam masalah, barulah kalut mencari PAS.

Selepas beberapa hari berkempen, barulah PAS menurunkan kekuatan sebenar. Daripada 2000 orang, kepada 7000 orang. Namun, agak terlambat untuk menggerakkan jentera ke seluruh Hulu Selangor yang mana kawasannnya lebih besar dari Melaka.

Ini dibuktikan dengan tiadanya kempen PR di beberapa buah perkampungan Melayu yang jauh sedikit ke pedalaman. Usahkan kempen, bendera dan poster juga tidak kelihatan. Bila tinggal dua tiga hari sebelum pengundian, barulah ada kelihatan bendera-bendera PKR.


PR harus ingat, mereka harus meyakinkan rakyat bahwa mereka adalah gabungan yang padu. Tapi, jika pada waktu piliharaya kecil begini, kebersamaan dalam PR sewaktu dalam kempen sukar dilhat, bagaimana rakyat akan meyakini PR?

Contohnya, Zaid dibiarkan kempen bersendiri untuk berjumpa penduduk tanpa diiringi pemimpin Pas mahupun DAP. Manakala setelah PKR diumum kalah, tiada seorang pun wakil PAS bersama Zaid ketika beliau berucap menenangkan penyokong di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru.


Majlis selepas kalah

Kesimpulannya, kekalahan ini bukanlah sesuatu yang harus diratapi, namun ia adalah peluang untuk pimpinan dan ahli-ahli PR bermusabah diri masing-masing. Check balik apa yang dijanjikan pada PRU lepas yang belum ditunaikan. Padukan kerjasama Pakatan, dan rancang strategi bagaimana untuk mengadapi BN pada PRU akan datang.

Insyaallah, Putrajaya on track. Tiada apa yang perlu dikesalkan bila terlepas Hulu Selangor. Pahit kekalahan ini akan ditebus dengan kemanisan kemenangan PRU 13. Takbir.



Klik link gambar Berikut untuk analysis yang lebih mendalam mengenai kekalahan PR di Hulu Selangor

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.