sumber: http://legehiyyah.blogspot.com
Perompak larikan pistol ADUN Sugut
KOTA KINABALU 4 April – Sekumpulan perompak melarikan pistol dan peluru milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk Surady Kayong, selepas memecah masuk rumah wakil rakyat tersebut di Taman Hills Top, Kepayan, di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, penjenayah tersebut turut melarikan wang tunai RM40,000, barang kemas, jam dan pen berjenama serta barang lain.
Ketika kejadian, Surady yang pernah memegang jawatan sebagai pembantu menteri dalam Kabinet Sabah dan ahli keluarganya tiada di rumah kecuali abang iparnya.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak disedari oleh abang ipar wakil rakyat itu sehingga bangun tidur kira-kira pukul 6 pagi.
“Mangsa membuat laporan polis kira-kira pukul 10 pagi ini. Berdasarkan siasatan awal, suspek memecah masuk rumah itu melalui bahagian dapur dan polis percaya dilakukan lebih daripada seorang.
“Bagaimanapun tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan kes tersebut masih lagi dalam siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
komen :
Beruntung mereka yang menjadi pemimpin zaman sekarang. Hidup dilimpahi dengan kemewahan.Situasi ini berbeza dengan cara hidup pemimpin agung Islam dan para sahabat rasulullah yang semakin miskin dan hidup serba sederhana apabila memegang tampuk pemerintahan.
Perompak pun sudah tidak mengira siapa.Sejak akhir-akhir ini, banyak rumah pemimpin yang dirompak.Mereka sanggup merompak rumah pemimpin.Jauh sekali menghormati pemimpin.Ini bermakna rumah pemimpin zaman sekarang sudah setaraf dengan bank, kedai emas dan lubuk kekayaan.
Perompak pun sudah tidak mengira siapa.Sejak akhir-akhir ini, banyak rumah pemimpin yang dirompak.Mereka sanggup merompak rumah pemimpin.Jauh sekali menghormati pemimpin.Ini bermakna rumah pemimpin zaman sekarang sudah setaraf dengan bank, kedai emas dan lubuk kekayaan.
0 ulasan:
Post a Comment