Oleh Ikhwan Nain
Sudah lama dipendamkan, namun janji yang ditabur langsung tidak pernah kunjung tiba bagi seorang ibu tunggal, Ramlah Bte Arin yang kini tinggal dengan tiga orang anaknya, seorana menantu serta cucunya di rumah usang ini. Hasratnya untuk mendapatkan rumah PPRT tidak kesampaian.
Pada bulan Januari yang lalu, selepas masalahnya diadukan kepada kepimpinan JKKK yang baru, Ketua Kampung turun padang ke rumahnya untuk meninjau rumahnya yang uzur. Alangkah gembiranya ibu tunggal tersebut, namun kini beritanya sunyi kembali.
Yang menjadi keluhan ibu tunggal ini kenapa orang yang mampu pula boleh mendapat PPRT? Sedangkan orang tersebut masih mampu berkerja dan bersuami serta memiliki pendapat yang lebih baik daripada dirinya serta bukan berasal daripada kampung ini. Sungguh menyedihkan kerana yang diberikan kepada ibu tunggal ini hanyalah kepingan zink. Di bawah ini ialah gambar rumah PPRT.
Ke mana kepimpinan kampung ini? Kenapa penduduk disebelah wak-wak ini dipinggirkan sebegini rupa? Sepatutnya lebih banyak lagi yang layak mendapat bantuan rumah PPRT di sebelah sini. Namun, setelah beberapa kali memohon suara mereka didengar sunyi. Ada yang sanggup untuk berpindah ke tempat lain menurut jejak suami kerana suara di sini dipinggirkan! Hatta memohon bantuan untuk membuat dapur pun dipandang sepi. Sudahlah hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tujuan aku bukan hendak membuka kurap kampung, namun sudah kenyataan. Inilah akibat apabila penduduk dipinggirkan. Kenapa ini berlaku? Kampung ini hakikatnya satu, Cuma terbahagi kepada gentisan & wak-wak. Namun, kenapa kami di sini dipinggirkan?
Bilakah nasib kami akan terbela? Apakah sehingga ada yang meninggal, tidak kesampaian hajatnya untuk menikmati nikmat kemerdekaan yang dilaungkan. Aku sebenarnya pelik, kerana wakil rakyat sendiri telah pernah turun sendiri ke kampung ini, malangnya cuma hanya tolong tangkap gambar dan menengok sahaja.
Semalam kami cuba untuk memasukkan masalah ini kepada Aduan Rakyat TV3, nasib baiklah web TV3 ada masalah. Mungkin Allah Subhana Wa Ta’ala masih melindungi ‘orang-orang berkenaan’ daripada dihebohkan ke seluruh negara. Oleh itu, kepada yang berkenaan bertindaklah selagi DIA masih sayang dan mengasihani anda.
Semalam kami cuba untuk memasukkan masalah ini kepada Aduan Rakyat TV3, nasib baiklah web TV3 ada masalah. Mungkin Allah Subhana Wa Ta’ala masih melindungi ‘orang-orang berkenaan’ daripada dihebohkan ke seluruh negara. Oleh itu, kepada yang berkenaan bertindaklah selagi DIA masih sayang dan mengasihani anda.
Pinggo nu 'dekau atai, dekau kampung, dekau malaysia?' pinggo nu tema maulid tahun tu? 'memantapkan ukhuwwah memperkasa ummah'? Atau sekadar 'gentisan didoukan, wak-wak dipinggirkan?'
0 ulasan:
Post a Comment