15 March, 2010

MENCARI WAKIL SABAH

Share
Sumber: http://abunuha.wordpress.com/


Khamis lalu, saya diundang ke Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah di Kepayan.
Majlis Menghafaz al-Quran Negeri Sabah diadakan bagi memilih wakil ke peringkat kebangsaan. Seperti tahun lalu, saya diamanahkan sebagai hakim munabbih.

Ini kali kedua majlis seumpama diadakan. Pada zaman 80an dan 90an, ketika Sabah belum ada institusi maahadnya sendiri, maka pelajar Sabah yang berada di Institut Pengajian Tahfiz al-Quran Kuala Lumpur akan menjadi wakilnya.

Bahkan saya ketahui oleh kerana Sabah sering tidak menghantar peserta kerana ketiadaan calon, terdapat pelajar tahfiz dari negeri-negeri Semenanjung menawarkan diri sebagai peserta Sabah.Biasanya mereka menulis surat kepada pihak berkuasa agama di Sabah untuk meminta izin menjadi wakil tahfiz.

Sejak Sabah mempunyai institusi tahfiznya sendiri pada 1995, wakil ke Majlis Menghafaz dipilih daripada kalangan pelajarnya. Ketika itu tiada pertandingan atau sebarang majlis diadakan. Hanya pelajar yang mempunyai prestasi baik dalam subjek hafazan al-Quran akan dihantar. Saya sendiri pernah menjadi wakil Sabah sebanyak dua kali. Tahun 1995 di Pusat Islam Kuala Lumpur dan tahun 1997 di Kuching Sarawak. Kini untuk memperbaiki kualiti wakil Sabah yang dihantar ke peringkat kebangsaan, diadakan pemilihan. Sebenarnya menurut pemerhatian peribadi saya, prestasi wakil Sabah semakin baik.

Menurut format baru, terdapat 3 kategori. Kategori 1-10 juzu’, 1-20 juzu’ dan 1-30 juzu’. Untuk kategori pertama (1-10 juzu’) terdapat soalan tarannum; sementara kategori ketiga (1-30 juzu’) ada soalan tafsir al-Quran. Majlis ini mencari 6 wakil. Dua wakil terbaik bagi setiap kategori, lelaki dan perempuan. Namun penganjur menghadapi kekurangan peserta.

Dalam majlis semalam, ada beberapa peserta yang dianggap menonjol. Mohd Khairul Razikin Abd Razak yang menyertai kategori 1-20 juzu mendapat markah tertinggi dan paling menonjol. Bagi kategori 1-10, Zainab Sapiuddin diangkat sebagai pemenang perempuan. Peserta lain dianggap tidak menepati prestasi yang dikehendaki oleh para hakim. Barangkali perlu juga ditegur kerana tuan rumah sendiri iaitu Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah tidak menghantar peserta dalam majlis kali ini. Ia sesuatu yang mengecewakan. Lapan peserta yang hadir adalah pelajar dari Darul Quran Kuala Kubu Bharu Selangor, Maahad Tahfiz as-Syatibiyah Kota Kinabalu dan Maahad Tahfiz Tg Aru Kota Kinabalu.











Mohd Khairul Razikin.. memang sudah rezeki dia..

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.