Hari ini sebagimana yang diwar-warkan, buat pertama kalinya TS Muhyiddin Yasin datang ke kinabatangan setelah dilantik menjadi TPM. lawatan yang penuh kemegahan dan kemewahan itu yang mengambil masa hanya 5 jam sahaja bagi melawat katu daerah kinabatangan yang mempunyai keluasan melebihi negeri kelantan ini. Saya mengatakan satu lawatan yang penuh kemegahan bila mana gambar ucapan selamat datang kepada TPM telah memenuhi semua ruang strategik di daerah manakala masyarakat kampung pula dengan penuh bangga menyebut dan membicarakan tentang hal ini. Mereka merasakan cukup bangga dan seronok kerana seorang yang bertaraf TPM datang melawat ke daerah mereka.
Saya menyatakan lawatan ini penuh kemewahan bila mana kedatangan TPM dan rombongannya datang dengan menaiki helkopter yang berjumlah sebanyak 6 buah. Terbeliak mata masyarakat setempat yang sebelum ini tidak pernah melihat helikopter sebanyak itu mendarat ditanah tumpah darah mereka. Persoalannya sekarang, dari mana dapat helikopter ini. Sewakah atau secara percuma. Kalau secara percuma, tidak masuk akal kerana minyak perlu diisi dan kalau diisi siapa yang bayar. Kalau ada orang yang bayar pengangkutan ini, pastinya orang ini mempunyai kemampuan dari sudut kewangan dan sudah tentu orang ini mempunyai sedikit perniagaan. Dan sedikit sumbangan kepada TPM untuk menyewa helikopter ini semestinya mahukan pembalasan. Apa yang hendak kita namakan dengan pembalasan yang diminta ini? Tidak bolehkah kita katakan situasi ini hampir sama dengan setuasi TGNA yang disponsor menunaikan haji di mekkah.
Andai berbayar, dari mana diperolehi sumbernya, sudah tentu melalui tuntutan perjalanan atas kapasitinya sebagai Menteri Pelajaran. Persoalan lagi sekali timbul, lawatan ini atas kapasiti apa, kementerian pelajaran atau Tim, Presiden UMNO. Sebabnya bila sahaja beliau mendarat disebuah sekolah, selaku orang yang menjaga hal ehwal sekolah amat menyedihkan bila TPM langsung tidak menjeguk sekolah yang menjadi tempat baginya mendarat. Manakala yang diarahkan menunggu beliau kebanyakan AJK Umno bahagian terdiri daripada puteri, wanita dan pemuda sedangkan guru-guru besar daerah kinabatangan tidak dijemput. Jadi kalau dibayar melalui tuntutan, barapa banyak telah dikorbankan duit rakyat.
Persoalan kedua kenapa mesti menaiki helikopter? kan lebih berjiwa rakyat andai TPM datang dari bandar sandakan dengan menaiki kereta pancuan 4 roda. Bukanlah lama sangat untuk sampai ke kinabatangan, lebih kurang 1 jam sahaja dan TPM pula dapat melihat sendiri keadaan jalanraya di sabah sekarang. Dapat juga merasai walau sekejap kepayahan jalanraya di sabah ini yang saban hari dirasai oleh penduduk setempat akan kepayahannya.
Satu lagi, kenapa perlukan lagi pembaziran dibuat bagi menyewa helikopter ini sedangkan negara sedang dalam keadaan berjimat dan krisis. Kementerian di bawah TPM sendiri dijangkakan akan memotong budget tahunan hampir 40% bagi mengatasi masalah ekonomi yang sedang melanda ini. Kenapa rakyat sahaja diminta berjimat sedangkan pemerintah terus mengumpulkan kekayaan mereka yang tersembunyi dibawah ketiak mereka sendiri. Semoga pilihanraya akan datang lebih bersih dan adil. Dan kita yakin kita mampu menang dalam pilanraya ke13 yang akan kita tandinginya nanti.
Wallahuallam...
Banyak lagi yang ingin ditulis tapi memandangkan masa terlalu lewat mlm dan kekeringan idea jadi kita sambung lagi.
(Maaf, tak dapat sertakan Gambar)
0 ulasan:
Post a Comment