01 March, 2010

KCB Tak Lulus Tayangan Di Malaysia

Share

Sumber: http://muslimpkk.blogspot.com

Aku terjumpa benda ni ketika sedang berziarah dari blog ke blog para sahabat. Susah aku nak percaya benda ni! Tapi, itulah hakikatnya. Sungguh ‘menyedihkan’ bukan? Filem KCB atau Ketika Cinta Bertasbih yang penuh dengan nilai Islam tidak lulus untuk di tayangkan di tempat kita. Sekalipun novelnya adalah best-seller di Asia Tenggara. Tak tahulah di mana silap filem ni… Ada adegan yang tak sepatutnya seperti remp-it ka dalam filem ni? Ada babak ganas seperti ‘gangster’ ka?


Setahu aku la, bila aku rujuk link dari lagiberita.blogspot.com [klik sini] Tok Guru Tok Guru Nik Aziz pun nak nonton filem ni dan jika dikatakan ini benar itulah kali pertama tok guru menonton filem dalam hidupnya. Namun, itulah realiti yang berlaku di masa ini di mana penulis novel KCB juga telah bertemu Tok Guru dalam satu festival kesenian islam di Kota Bharu bersama dengan artis Wardina yang turut menjadi jemputan untuk festival tersebut.

Jika kita lihat, media ini medium yang mampu untuk memainkan kesan yang besar dalam membentuk masyarakat kita. Dikatakan ‘kita’ bimbang dengan masalah pembuangan bayi yang sedang menular di kalangan remaja . Tetapi, pelik filem seperti KCB tidak menerima kelulusan. Daripada rancangan TV3 yang aku tonton tempoh hari statistik menunjukkan bahawa remaja yang melahirkan bayi di negara kita inilah sejuta orang tanpa mengira agama. Ini yang diketahui! Belum termasuk yang tak diketahui.

* Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.