20 March, 2010

Akhbar Utusan yang keliru

Share
Sumber: http://masdarwahid.blogspot.com/




Disusun dan diedit oleh Masdar Wahid

BOLEHKAH akhbar mengubah minda pembacanya. Adakah orang Melayu kini percaya kepada media arus perdana?

Berapa lama lagi Utusan Malaysia dan Berita Harian boleh bertahan, sebaliknya akhbar tabloid popular, kurang serius seperti Harian Metro dan Kosmo! terus meningkat.

Akhbar berkualiti arus perdana (quality mainstream) dan serius seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, malah NST terus menjunam.

Angkanya di bawah 200,000 naskhah sehari.

Ramai yang mengaitkan kemeruduman itu kononnya disebabkan kerana akhbar-akhbar itu ada kaitan dengan UMNO.

Orang Cina, sebaliknya meletakkan kepercayaan (trust) kepada media mereka.

Jualan akhbar serius Sin Chew Jit Poh meningkat tinggi, melepasi 374,000 naskhah sehari.

Orang Cina sukakan Sin Chew kerana ia banyak bermain dengan sentimen.

Akhbar itu digemari menyoal hak orang lain.

Ironisnya, akhbar itu turut menggambarkan orang Cina sebagai 'Red Indian' di Malaysia - hanya beberapa hari selepas media menyiarkan senarai orang terkaya di Malaysia!

Begitu juga dengan Nanyang, ia terus bertahan.

China Press menjadi akhbar popular Cina kerana liputan sensasinya.

The Star milik orang Cina pula terus popular kerana ia bukan saja - kini - disokong sepenuhnya oleh orang Cina, tapi juga orang Melayu, India dan lain-lain.

Jarang kelihatan sekarang orang Cina membaca NST, sebagai pilihan akhbar Inggeris.

Akhbar The Star menjadi akhbar yang paling untung jualannya di Malaysia.

Ia turut disokong 101 peratus oleh para pengiklanan, agensi-agensi iklan, saudagar-saudagar Cina serta peniaga-peniaga kecil dan sederhana Cina yang banyak di negara ini.

Mengikut angka yang diperoleh, perolehan iklannya ialah kira-kira RM680 juta.

Akhbar itu juga mempunyai tunai dalam tangan yang dianggarkan berjumlah RM750 juta.

Di kalangan industri ada yang mengatakan seseorang yang mahu mengiklan dalam akhbar itu perlu beratur panjang! Iklannya surplus, berlebih yang tidak pernah dinikmati oleh mana-mana satu akhbar Melayu lain.

Itulah hakikatnya untung nasib akhbar di Malaysia.

The Star dikatakan cukup popular kerana liputannya dikatakan menarik.

Namun, sebagai orang media, kita tahu liputannya banyak menjurus kepada pihak yang menyokongnya.

Tetapi itulah hakikat apabila orang Melayu sendiri mengatakan akhbar itu cukup menarik.

Oleh kerana perancangan perniagaannya hebat, maka baru-baru ini ia menerbitkan sisipan versi Melayu, mStar dalam akhbar Ahadnya, The Sunday Star.

Arah tuju yang dilakukan oleh akhbar Cina dan The Star itu memang betul.

Mereka juga mempunyai dasar perjuangan masing-masing. Mereka akan mempertahankan hak kaum masing-masing.

Pendek kata, apa yang dilakukan oleh akhbar-akhbar itu turut dilakukan oleh semua akhbar di dunia.

Itu pasal dalam media ada kajian mengenai pemilikan (media-ownership study).

Pemilik itulah yang akan menentukan arah tuju sesuatu akhbar tersebut.

Berbalik kepada akhbar Melayu.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran penerbitnya.

Pelbagai cara telah dilakukan untuk meningkatkan jualan, iklan dan sebagainya, namun usaha itu nampaknya malap walaupun menyanjung tinggi iklan judi untuk menghancurkan Orang Melayu.

Akhbar Utusan Malaysia menuang minyak kebencian pula dengan menjelaskan bahawa akhbar itu sebenarnya rasis dan tidak memahami perjuangan yang di bawa oleh Rasulullah saw..

Persepsi orang ramai ke arah kempen kebencian itu nampaknya melekat dan Umno Bn semakin risau kerana tanpa Utusan, kerajaan yang memerintah dengan pelbagai penyelewengan hari ini akan berkubur.

Sejarah Utusan Melayu bermula pada 1937.


Dalam sejarah persuratkhabaran Melayu di negara ini, inilah masa yang paling hebat apabila rakyat negara ini menolak Utusan kerana terus terperangkap dengan mainan perkauman selain di saman puluhan juta dengan bebanan hutang dan kes tertunggak di mahkamah terlalu banyak.. sehingga berkempen berkempen dengan baik supaya akhbar Utusan Malaysia dibakar.

Mereka dalam beberapa upacara politik, telah memulakan kempen membakar akhbar Utusan Malaysia.

Saya tiada jawapannya.

Ini kerana kempen membakar akhbar ini akan terus dilakukan kerana akhbar ini tidak memahami antara perjuangan Islam yang di bawa oleh Rasulullah atau perjuangan perkauman yang dicanangkan oleh puak Quraisy suatu ketika dahulu.

Namun, pemimpin Umno yang juga orang besar dalam Utusan yakin Akhbar Utusan Malaysia yang suka memainkan isu perkauman seperti mana perjuangan quraisy di zaman nabi, akan terus hidup.

Selagi kerajaan yang ada pada hari ini berkuasa, merompak harta rakyat, selagi itulah Utusan Malaysia akan terus hidup.

Malah seorang sahabat, yang juga seorang pemimpin dengan bersemangat berSMS kepada saya awal pagi semalam berkata:

''... apakah yang pembaca mahu daripada membaca surat khabar ini... tidak lain dan tidak bukan ialah perjuangan Islam, hapuskan ruang artis terdedah sana, terdedah sini, jangan terima iklan judi, nasihat isteri Perdana Menteri, Najib Razak agar menutup aurat.


Saya amat bersetuju dengan SMS itu dan saya doakan pemilik saham dan orang besar dalam utusan berjaya memikirkannya seterusnya tidak merosakan wartawan baru yang bersemangat membina masyarakat ini dengan cara Islam dan bukannya cara perkauman seperti puak Quraisy.

Nabi tidak pernah Ketuanan Melayu, tetapi yang Rasullah saw laungkan ialah mendaulatkan undang-undang Islam.



Lihat sahaja dalam isu kartika, kerajaan Umno dan BN sehingga kini engga melaksanakannya walaupun kartika sendiri rela disebat.

Ini bukti jelas pemimpin umno yang kononnya memperjuangkan Islam tidak yakin atas perjuangan Islam yang di bawa oleh agama yang dianutinya sendiri.

Lihat sahaja isteri Najib itu, dah lah kaki shopping, enggan pula menutup aurat walupun usianya semakin tua.

Saya penuh yakin kesedaran dan maklumat yang penuh terhadap rakyat negara ini, pastinya mampu menguburkan Umno dan BN, manakala Utusan Malaysia jika enggan berubah, pasti akan terkubur begitu sahaja. Ia tidak mustahil.

Mungkin tiba masanya bermula sekarang bahawa PAS perlu menyususn bagaimana hendak memperbetulkan akhbar itu sebagai persediaan selepas berjaya menawan Putrajaya dalam PRU ke 13 kelak.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.