18 January, 2010

Dekati Golongan Muda- Ust Nasaruddin Hassan Tantawi

Share

Sumber: http://dppsabah.blogspot.com/


Kota Kinabalu, 17 Jan – Dekati golongan muda dan mantapkan persiapan gerak kerja menjelang PRU-13 antara agenda besar yang mesti diberikan fokus oleh Pemuda PAS Sabah dalam dialog bersama antara Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Ustaz Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menekankan agar pemuda PAS perlu memberi tumpuan kepada golongan muda dengan mempelbagaikan aktiviti dalam usaha mendekati golongan ini.

Beliau berkata, moto “orang muda geng kita” yang telah dilancarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat perlu disesuaikan mengikut suasana dan beliau yakin PAS mampu memikat hati anak muda di Sabah.

Disamping gerak kerja pilihanraya, beliau juga mengingatkan agar pemuda PAS mesti memperkasa tarbiah kerana ia merupakan elemen penting dalam gerakan Islam untuk memastikan fikrah ahli gerakan tidak mengalami kecelaruan.

“ Kita mengingatkan kembali pemuda agar sentiasa meningkatkan ilmu gerakan Islam melalui wasilah-wasilah tarbiyah seperti usrah, tamrin, mukhayyam dan lain-lain.

Tambah beliau lagi, pemuda PAS Sabah mesti mencari kaedah bagaimana hendak menggerakkan golongan ustaz yang begitu ramai di Sabah kini agar dapat digerakkan untuk mengembangkan dakwah Islam kepada masyarakat di sini yang rata-ratanya sangat memerlukan golongan sebegini.


Sesi bergambar selesai sesi dialog


Sebelum majlis dialog tersebut, Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Negeri dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan telah turun ke Pasar Tamu Putatan untuk mengedar risalah disamping beramah mesra dengan pengunjung dan penjual di Tamu tersebut.

Rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat yang terdiri daripada Timbalan Ketua, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani; Setiausaha, Kamaruzaman Mohamad ; Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat ; Bendahari, Mohd Adram Musa ; Penolong Setiausaha 3, Ir Muhd Khairil Nizam serta beberapa exco akan berada di Sabah dalam rangka gerak kerja selama 4 hari bermula pada 14 Januari dan akan bertolak pulang pada 18 Januari.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.