Hujahnya menarik, menyebabkan pembaca yang membaca dengan minda terbuka akan berfikir. Orang yang otak tertutup sahaja, akan marah dengan tulisan adukataruna. Marah, kerana tidak memahami filosofi disebalik ungkapannya, waima berwajah kasar.
Membaca tulisannya, tidak cukup sekadar berfikir ‘selapis’, tetapi perlu dibaca dengan maksud yang mendalam. Orang yang “berotak Majaz dan Isti’arah” akan memahami maksud disebalik sesuatu tulisannya.
Penulis dikatakan hampir setiap hari melayari blog beliau ini biarpun lunak bahasa yang digunakan adalah tidak sesuai dan perlu dibetulkan. Namun, itu merupakan tingkah persoalan kedua selain isu sebelumnya.
Kenapa Aduka Taruna..?
UMNO yang memulakan usaha dan pergerakan membenci serta mengutuk Raja-Raja Melayu. Adukataruna, sebagai anak muda hanya meniru dan mengikut contoh yang ditunjukkan UMNO semata-mata. Aduka Taruna adalah produk pembentukkan pemikiran yang selama ini digunakan oleh UMNO ke atas orang Melayu.
Mengapa mahu menghukum Aduka Taruna..?
- Bukankah Tan Sri Anuar Musa dahulu pernah menabalkan Raja baru bagi Negeri Kelantan..? Hal ini satu tindakan yang amat jelas amat derhaka kepada Raja..? Sedangkan Sultan Ismail Petra masih lagi bernyawa dan "dinyawa-nyawa ikan" oleh UMNO. Di mana tindakan ke atas beliau..?
- Banner "kami nak idris, natang" di Kuala Terengganu pada tahun 2008 yang lalu... apa tindakan polis dan pimpinan UMNO buat..? Adakah mereka UMNO, maka mereka bebas mengutuk dan menghina Raja-Raja Melayu..? Mereka bukan sahaja menghina institusi Diraja Terengganu, malah menghina dan menajiskan institusi Yang DiPertuan Agung sendiri.
Aduka Taruna jug adalah satu fenomena anak muda kini. Tidak terfikir, dari kalangan pemuda mana-mana parti – Sama ada PAS, PKR, DAP, MCA, MIC dan sebagainya - yang boleh cipta fenomena seperti Aduka Taruna. Buktinya, UMNO lebih takut kepada seorang blogger bernama Aduka Taruna berbanding pemuda-pemuda parti politik yang ada di Malaysia.
dipetik dan diubahsuai daripada: http://perisik-rakyat.com
Ditampal salin daripada: http://anakbulanmoden.blogspot.com
0 ulasan:
Post a Comment