01 February, 2010

PKR Jadi Kerajaan di Kiulu?

Share

Laporan: HALIK ZAMAN

MINGGU lepas, Parti Keadilan Rakyat Bahagian Tuaran telah mengadakan satu program khas di Kg Kiulu iaitu Ketua Cabang Tuaran, Hj Ansari Abdullah telah menyerahkan bahan binaan untuk membuat saluran paip air ke kampung-kampung di kawasan Kiulu.

Penduduk kampung turut sama dalam program gotong-royong anjuran PKR Tuaran dan mengharapkan lebih banyak bantuan dan program kemasyarakatan dapat di adakan oleh PKR daerah Tuaran dari masa ke semasa.

Dalam ucapannya Hj Ansari berkata, pihaknya akan berusaha untuk melaksanakan lebih banyak program-program kemasyarakatan di kampung-kampung di Pukak, Mantub dan Poring dalam kawasan Kiulu daerah Tuaran.

Menurut beliau lagi, tiada pembangunan atau bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan UMNO di kawasan Kiulu, Pukak, Mantub dan Poring. Jalanraya dan bekalan elektrik semua telah dibina semasa Kerajaan Parti Berjaya lagi.

Manakala rumah kedai masih lagi seperti dahulu iaitu dibina semasa Kerajaan Berjaya. Tiada kemajuan yang di bangunkan di Tuaran, khasnya di kawasan Kiulu oleh Kerajaan UMNO/BN Sabah.

Hj Ansari menambah, beliau juga telah merangka beberapa program kemasyarakatan di kampung-kampung seperti di Pukak, Mantub dan Poring yang berada dalam kawasan Kiulu tidak lama lagi di mana pembangunan kampung-kampung tersebut terus terbiar dari ingatan Kerajaan BN. Hanya menjelang musim pilihanraya umum barulah mereka menabur janji mendampingi rakyat Kiulu.

"Wang rakyat Kerajaan belanjakan untuk pembangunan bandar-bandar, tapi di kampung-kampung masih lagi di tahap kemunduran. Sudah 40 lebih tahun Sabah merdeka bersama Malaysia, tapi rakyat yang tinggal di kampung-kampung tidak diambil peduli oleh Kerajaan UMNO/BN Sabah, terutama untuk mengatasi masalah bekalan air bersih, jalan kampung dan bekalan eletrik," ulas Haji Ansari lagi.

Kata Haji Ansari, "Jarang-jarang rakyat dengar yang pembangkang pula beri bantuan kepada rakyat kampung, ini adalah tanggung jawab Kerajaan BN tapi kerana PKR prihatin kepada masalah rakyat maka kami dari PKR Tuaran datang menjenguk kesusahan rakyat di kampung Kiulu ini."

Tambah beliau, PKR Tuaran tidak akan lupa bersama menghadapi masalah rakyat.

sumber: sabahkini.net

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.