29 January, 2010

BAGAIMANA ‘SARJAN’ BOLOS DUA ENJIN JET?

Share

Ditampal salin daripada : http://www.sabahkini.net

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

MUNGKIN Peguam Negara buat jenaka terbaik dengan menyatakan kehilangan enjin jet itu dilakukan oleh seorang sahaja anggota tentera yang berpangkat Sarjan? Betul-betul lawak, mengalahkan rancangan Raja Lawak.

Nampak gayanya pelawak-pelawak tanah air tidak dapat cari makan lagi. Cuba kita fikir menerusi minda terbuka dan ikhlas. Percayakah kita sekiranya kenyataan tersebut terkeluar dari seorang yang intelektual bahawa dua buah enjin jet dicuri oleh seorang? Ia bukan sebesar kotak macis.

Dua enjin jet hilang dek kerana seorang punya kerja? Dari stor simpanan sehinggalah dibawa ke luar negara tidak ada seorang pun yang menyedari sarjan ini mengeluarkan enjin tersebut? Hebat sungguh. Entah-entah sarjan itu anak murid 'Ayah Pin' yang mendapat kuasa daripada Kerajaan Langit kerana boleh kaburkan semua mata semasa mencuri dua enjin jet tersebut.

Kalau begitulah kepakaran sarjan tersebut, dia tidak sepatutnya didakwa tapi di naikkan pangkat kepada Jenderal. Sebab beliau seorang yang berotak intelligent. Kepakaran beliau 'memboloskan' enjin jet tanpa ada seorang pun yang menyedarinya. That was damn cool!

Sarjan ini juga nampaknya ada 'access' untuk ke semua bahagian. Dari stor simpanan, ke lapangan terbang, access keluar dari negara ini dan inilah yang membuktikan bahawa kebalnya dan gagahnya Sarjan ini. Kalah kuasa Jenderal, agaknya Sarjan ini ada menuntut ilmu ghaib.

Wahai Tan Sri Peguam Negara, kalaupun mahu 'cover-line seseorang', kenya taan yang dikeluarkan biarlah dalam lingkungan bertaraf munasabah. Kenyataan yang beliau berikan, hatta orang kampung sekali pun ketawa mendengarkannya.

Kalau kenyataan Peguam Negara itu menyatakan, kehilangan enjin tersebut dilakukan oleh beberapa orang pun masih tidak masuk akal kerana access untuk mengeluarkan enjin tersebut dari negara ini pun memerlukan 'sokongan' orang-orang berkuasa kerana enjin tersebut bukanlah sebesar sebiji bola sepak, yang boleh di sembunyikan dalam bagasi pakaian.

Ketara benar penerangan yang meragukan dilakukan demi untuk menyelamat kan 'seseorang' yang hanya 'mereka dan keluarga' mereka sahaja yang tahu. Ini mungkin sahaja boleh terjadi ‘gitu-gitu’.

Kita tidak pasti sampai bilakah rakyat Malaysia harus dikelirukan terus-menerus? Apabila berlaku sesuatu perkara, kita terus diperbodohkan dengan pelbagai kenyataan yang jika kita selami, kita akan tahu bahawa kenyataan itu semata-mata untuk melindungi 'seseorang' yang berkepentingan. Entah siapa? Tapi seolah-olah…

Kalau dua buah enjin jet kapal terbang dalam kawalan keselamatan tentera yang ketat 'strictly tight security' dapat dibolos oleh sarjan dan rakan-rakan, kata Azmi Khalid Pengerusi 'PAC' tidak mustahil kalau senjata seperti bom C4, meriam, bazooka dan M16 sudah di bolos keluar negara untuk dagangan oleh orang orang yang sama?

Di mana penjaga gate tentera ketika itu kerana tidak memeriksa kenderaan keluar masuk? Hemmm. Ini mesti ada 'batu di sebalik udang’, bukan 'udang di sebalik batu'.

Seperti kes Altantuya, banyak juga keraguan timbul di sana-sini. Bagaimana dua orang anggota UTK itu mendapat access untuk bawa keluar bom C4? Sedangkan C4 dalam kawalan tentera. Bukan polis? Bagaimana dua orang UTK ini boleh kenal dengan Altantuya? Kenapa Peguam Negara tidak membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan setelah Mahkamah Tinggi buat keputusan 'No Case To Answer?' Begitu sahaja Razak Baginda dibebaskan tanpa syarat? Kenapa pasport Razak Baginda terlalu cepat diserahkan kepadanya? Di sini ada sesuatu yang missing? Guess What?

Begitu juga dengan kes mendiang Teoh Beng Hock. Mengapa pula seorang yang sedang di ambang perkahwinan dan tunangnya sedang mengandungkan anaknya, mahu membunuh diri dengan terjun dari tempat yang tinggi?

Pelbagai kemungkinan mungkin terselindung di sebalik setiap satu kejadian. Terpulang kepada rakyat semua untuk menilai dan menafsirkannya.

Wallahuwa'lam bisawab!.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.