03 November, 2010

Kezaliman BN dipaparkan di layar skrin

Share

sumber: http://islamreturn.blogspot.com

Semalam aku dan beberapa sahabat pemuda Sepangar telah berjaya melaksanakan siri Kempen 'Wayang Pacak'. Lokasi kali ini ialah di Flat MPS Karamunting.

Program yang diaturkan ini adalah berkonsepkan tayangan video melalui skrin yang memaparkan kezaliman kerajaan Barisan Nasional. Kg. Berembang, Kg. Bujal dan Kg. Rimba Jaya merupakan antara paparan kerakusan pemerintah dalam menindas rakyat.


Pada masa yang sama kami menyediakan juga teh tarik dan roti sosej percuma kepada tetamu yang hadir. Kehadiran orang ramai yang juga dikalangan penyokong BN telah membuka mata masyarakat bahawa BN merupakan sebuah kerajaan yang hanya mencari mencari kesempatan di atas kesempitan rakyat.

Sedikit gambar sekitar program

Penyokong BN turut sama menyaksikan tayangan yang disediakan

Petugas pemuda PAS menyediakan roti sosej dan teh tarik percuma

Antara masyarakat setempat yang hadir

Projek 'mee segera' di Flat MPS Karamunting

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.