11 February, 2013

Kenyataan STAR Berhubung Kenyataan Dompok

Share

Susulan daripada kenyatan dompok yang berniat menakut-nakutkan penganut kristian di Sabah terhadap kehadiran PAS di dalam Pakatan Rakyat, STAR (state reform party) Sabah telah membuat kenyataan tidak setuju dengan pandangan dompok berhubung isu tersebut. Namun, pada masa yang sama STAR tetap menegaskan bahawa hanya parti lokal sahaja yang boleh menyelesaikan isu ini.

Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu. Hal ini kerana walaupun agama rasmi persekutuan Malaysia adalah Islam, namun agama lain masih bebas diamalkan oleh penganut masing-masing di seluruh negara.

Berhubung kenyataan STAR pula, PR sebenarnya adalah parti yang paling baik untuk mewakili rakyat Sabah. PR terdiri daripada pelbagai agama dan suku kaum. Walaupun PAS merupakan sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat, tapi tiada apa yang perlu ditakutkan kepada PAS kerana PR lebih mengutamakan dasar bersama. Iaitu memastikan keadilan dan hak dikembalikan kepada rakyat. Di samping usaha itu turut disokong oleh PAS dengan memperkenalkan Negara Berkebajikan sebagai tawaran PAS kepada rakyat Malaysia.Oleh itu rakyat seharusnya bijak dalam menilai isu ini. Jangan mudah termakan provokasi-provokasi di UMNO/BN.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.